KEJATUHAN UMNO/BN SELURUHNYA SUDAH TIDAK JAUH LAGI…!!
Oleh Amin Sapiro (Beraya sakan dengan kawan-kawan ‘lamo’)
DETIK kejatuhan UMNO sudah semakin hampir tiba. Ini bukan lagi sebuah cerita ‘penglipur lara’ untuk menyedap rasa. Tanda-tandanya semakin banyak. Melambak-lambak. Tak kena gaya, Barisan Nasional (BN) pun akan ikut terlongkop. Lebih-lebih lagi bila MCA cuba nak ikut cara UMNO kerana termakan ugutan Mahathir-UMNO supaya konsisten dengan konsep ‘setiakawan’, konon…!!

Dengan membunuh demokrasi dalam parti cara begini, kaum Cina akan membenci MCA tanpa disedari Mahathir. Terdengar khabar, Wakil MCA di Pulau Pinang yang diheboh-hebokan akan diambil tindakan. Kemungkinan besar pucuk pimpinan MCA akan bertindak membuang mereka dari parti. Tetapi, khabarnya mereka berdua akan mencabar BN dengan bercadang untuk menyebarkan pengaruh Pembangkang yang mulai diminati mereka. GERAKAN juga sedang memantau setakat dan sejauh mana kedudukan parti mereka dalam BN akan membuatkan kewibawaan parti sendiri akan mendapat laba atau terjejas. Beberapa bulan sebelum pilihan raya umum akan datang, mereka akan tunjuk belang pula, khabarnya.

Mahathir Umpama Kepala ‘Kura-kura’ Lelabi

Dollah Bedawi agak pintar juga. Dia melepaskan perkara di Pulau Pinang itu kepada Mahathir, walau si PM haprak itu berterus terang kepada MKT bahawa perkara itu harus diselesaikan oleh TPM. Tapi Dollah berkata, kes seumpama itu wajib ditangani oleh Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Ini menyebabkan Mahathir menuding jari kepada Dollah dengan berkata, “You are going to be the PM, you must roll your sleeves as of now”. Dollah hanya ketawa sinis. Dia tau Mahathir sudah tersepit.

Perbalahan mereka berdua menyebabkan MKT UMNO sudah berpihak dan terbelah dua. Apatahlagi bila Dollah sudah berani ‘menyinsing lengan mengarahkan penumbuk’ ke muka Mahathir. Ini menyebabkan Mahathir berpaling kepada Najib dan Ku Li. Mereka yang berdua itu hanya tunduk dan membiarkan mereka (Mahathir dan Dollah) menyelesaikan perbedaan pendapat mereka. Puncanya, Mahathir patut dibiarkan dikenakan oleh Dollah kali ini. Mereka akan hanya menyebelah kepada siapa yang menang. Nampakya itulah yang dikatakan ‘perjuangan’ dalam UMNO – sesama sendiri tidak ada lagi perjuangan untuk bangsa, negara dan agama. Bagi mereka, tembolok sendiri lebih  utama…!

Buktinya, hingga ke hari ini nasib Wakil MCA yang berdua itu masing dalam dilema. UMNO dan Mahathir tidak berani mengambil tindakan tegas yang pasti – hanya setakat melambung kata-kata kesat saja melalui media massa. Mereka dalam UMNO khususnya Mahathir dan Dollah sedang menjuruskan sebarang kenyataan sebagai ‘memujuk’ kaum Cina supaya mengutuk dan membangkitkan perasaan benci kepada mereka berdua. Tetapi setelah dilihat reaksi kaum Cina umumnya hanya ‘sejuk’ dan tidak menyokong Mahathir-UMNO; nampaknya dia (Mahahir) sudah semacam teragak-agak umpama kepala ‘kura-kura’….! Dia sudah kecut..!

Mahathir Pasti Akan Kehilangan “Tongkat”

Sebenarnya, pemikiran Mahathir dan seluruh kepimpinan UMNO sudah siang-siang dibaca oleh kaum Cina – hematnya sejak Anwar difitnah dan dipenjarakan oleh Mahathir. Keputusan Pilihan raya Umum tahun 1999 telah memperlihatkan kekuatan Pembangkang yang tidak boleh lagi dipandang enteng dan ringan. Dengan serangan PAS dan KeADILan bertubi-tubi mewakili orang Melayu dan DAP mewakili orang Cina, komponen bukan parti Melayu dalam BN sudah dapat membaca kenyataan bahawa UMNO sudah tidak lagi mampu menjadi parti mewakili orang Melayu. Kemerosotan kerusi UMNO begitu teruk berbanding MCA. Ini menjadi kenyataan. Keadaan ini telah memberi petanda bahawa UMNO tidak mampu lagi bernafas lega selagi Mahathir dan kuncu-kuncunya dalam UMNO duduk di tampok. Lebih-lebih lagi kesemua mereka sudah disinonimkan sebagai ‘Pak Sauk’….!

Bermakna, Mahathir sudah lama kehilangan ‘Tongkat’. Kaum Cina yang diharapkan akan menyokong BN telah menunjukkan bahawa MCA yang dulunya berwibawa sudah semakin malap. Kini kaum Cina seperti ‘berperang dalam  gelap’. Yang terkena ‘parang panjang’ ialah UMNO.

Namun untuk menyedapkan rasa, UMNO cuba meyakinkan dirinya bahawa kaum Cina boleh dipujuk dengan dibeli secara murahan. Tetapi dalam pada itu, Mahathir terlalu banyak melakukan kesilapan. Bukan saja orang Melayu dijenamakan sebagai ‘Militan Islam’ malah Mahathir melabel kaum Cina sebagai Kominis. Bermakna Mahathir dan UMNO sudah bermusuhan dengan semua majoriti kaum di Malaysia..! Dia mungkin terlupa kesannya. Kesannya mendalam…Oiiiiiii..! Sokongan percuma untuk Pembangkang, tau tak?

Tekan UMNO Tanda Kelemahan

Contoh yang amat nyata, sekarang kaum Cina melihat Mahathir dan Dollah Bedawi terlalu menekan orang Melayu sewenang-wenangnya; hingga UMNO sudah tidak lagi mendapat sokongan padu orang Melayu umumnya.

Suatu yang nyata, Kes Anwar dan perjuangan Reformasi beliau membanteras. Rasuah semakin hidup dan bernyawa. Malah, cara Mahathir menguasai para Hakim, Polis dan barua-barua UMNO yang berjawatan dan melindungi mereka yang Rasuah amat menjijikkan semua parti komponen BN. Ini menyebabkan kaum Cina melihat bahawa perjuangan MCA telah begitu kabur dan tidak bermakna lagi. Lebih-lebih lagi bila pucuk pimpinan MCA terlibat dalam pelbagai skandal rasuah dan konspirasi sesama sendiri. Ini menyebabkan BN tambah parah lagi.

Kerana itu, kaum Cina sudah nampak bahawa Pembangkang lebih berwibawa dalam penilaian rakyat banyak. Demi kesejahteraan politik negara, di samping Kerajaan, BN seharusnya menumpukan sumber kewangan yang terhad demi pembangunan rakyat, Mahathir dan UMNO sewenang-wenangnya melakukan sebaliknya. Oleh itu mereka berpendapat mereka (kaum Cina) perlu berkeras supaya membuat pilihan antara Barisan Nasional (BN) atau Barisan Alternatif (BA). Akhirnya, Mahathir semacam orang tua kehilangan ‘Tongkat’. Dia baru mencuba nak tunjuk kebaikan kunun. Tapi sudah terlambat. Dia tidak lagi termampu menambat hati kaum Cina.

Kelantan Dan Terengganu Berkembang Pesat

Sementelah itu, kaum Cina dan India sudah nampak bagaimana Kelantan dan Trengganu semakin jelas mengamalkan ketelusan dan kemakmuran setelah berada di bawah pentadbiran PAS. Pemimpin PAS tidak melakukan rasuah atau membendung perbuatan terkutuk itu berbanding pemimpin dan MB-MB UMNO. Mereka tertakluk kepada ‘sensititiviti’ kecaman politik Pembangkang (BN) di kedua-dua negeri terbabit. Itu adalah petanda baik dan demokratik.

Tetapi sebaliknya, Mahathir dan para pemimpin UMNO tidak mempedulikan kemiskinan rakyat langsung. Mereka
asyik berkonspirasi sesama sendiri mewujudkan kroni membolot kekayaan negara dengan merancang pelbagai
projek mega dengan kos berbilion-bilion. Mereka hanya berpura-pura menawarkan ‘pembangunan’, konon. Tapi
sebenarnya, pemimpin UMNO sebok membalun wang rakyat semahu hati. Contohnya, Projek PORR di Pulau Pinang
adalah satu daripada puluhan projek yang ‘over-costed and ever-estimated’. Ia adalah disengajakan.

Apatahlagi, dalam ekonomi Malaysia masih di tahap bertatih begini, pembaziran seumpama itu wajar dihentikan. Namun hasrat melakukan rasuah semakin menjadi-jadi dalam budaya (culture) UMNO/BN, pemimpin parti itu tidak mempedulikan suara rakyat. Kemungkinan besar, ekonomi Malaysia akan terus meleset, lembap dan tidak mampu dibangunkan semula…! Ini menambah kebenceian kaum bukan-Melayu kepada BN, dan orang Melayu kepada UMNO.

Isu Bahasa Inggeris

Isu ini adalah ditafsirkan oleh semua kaum sebagai sengaja diada-adakan oleh UMNO. Ia sebagai isu membolehkan Kroni Mahathir mendapat imbuhan di samping bertujuan mengalih tumpuan rakyat daripada isu sebenar yang melanda Negara. Rakyat sudah nampak bagaimana Bujet (Belanjawan) Negara yang disibuk-sibukkan Mahathir di Parlimen adalah berpaksikan kepada Rasuah dan penjanaan kelompok Kroni yang terbaru.

Malah yang pasti, UMNO hanya umpama ‘saudagar semalam’ sahaja. Esok, setelah mendapat keuntungan dan laba, akan lupa kepada semua – lupa kepada BN dan rakyat. Yang mampos menerima kesan dan akibatnya ialah Rakyat. Rakyat yang menjadi mangsa. Berpanjangan.

Mahathir Setakat Menampal Koyok

Kini, UMNO dan Barisan Nasional sedang berhadapan dengan cabaran dan tekanan semua kaum dan pihak. Mahathir sudah tiba ke tahap ‘manusia yang terdesak’. Itu sebab seluruh pemimpin UMNO diarah supaya memancing orang-orang miskin di kampung-kampung dan pedalaman supaya diagih pelbagai hadiah dan sumbangan Hari Raya –  guna untuk meraih undi Pilihan raya. Tetapi, sumbangan sekecil itu tidak akan berpanjangan jika BN menang dan berjaya menerajui Kerajaan. Rakyat mahukan Pembangunan jangka panjang, bukan “angpow” Hari Raya.

Keprihatinan pemimpin UMNO hanyalah gimik seperti orang berpekung busuk menampal najis kudisnya dengan koyok. Masakan yang sakit itu ialah mata, tetapi  UMNO cuba menggunakan serum untuk mengobati pesakit kudis buta. Akhirnya, pekung UMNO semakin mengoyak, dan mata UMNO terus menjadi buta terus…! Hahahaha…… MAMPOS UMNO/BN…!!

Ramai yang berkata, selagi Mahathir, Dollah Bedawi dan seluruh kepimpinan UMNO tidak membebaskan Anwar dan teman-temannya, selagi itulah perjuangan Reformasi akan diteruskan menghantui BN. Yang ketara, Mahathir tidak berupaya menggantikan Anwar walau dengan siapa saja dalam UMNO – walau 1000 pemimpin UMNO yang ada sekarang diberi jawatan penting. UMNO tetap lumpuh dan merudum berkepanjangan. Lambat laun, BN akan pupus dan BA mengambil-alih Kerajaan. Itu baru betul…!

PAS/BA Semakin Berpadu

Sekarang, PAS dan KeADILan semakin mantap memerangi UMNO dari segenap penjuru dan lapisan. Dengan kejayaan DAP menjana pengaruh di Pulau Pinang, hingga MCA sudah nampak semakin kecundang, keadaan sudah menular kepada parti GERAKAN.

Nampaknya Mahathir sebagai Presiden BN akan mengharapkan jasa parti ‘Nyamok’ seperti PPP yang diterajui M. Keyveas supaya menyokongnya. Ini membuatkan Samy Vellu sendiri ‘cemburu hati’ terhadap Mahathir kerana keterlaluan menyokong PPP. Ini menyebabkan penyokong MIC sudah berbondong-bondong menyokong KeADILan. Nampaknya sesudah ‘tongkat’ MCA yang jadi harapan Mahathir patah, sekarang kerusi tempat Mahathir/UMNO ‘bersandar’ MICnya pula patah kaki. Ternyata sekarang Mahathir ‘patah kandar’ – tidak bertongkat, tidak bersandar lagi. BN akan mati…!

Kesimpulannya: BN yang dipimpin Mahathir sudah semakin kehilangan segala-galannya. Apa ikhtiar Dollah Bedawi lagi kalau tidak terpaksa membebaskan Anwar. Jika dia memilih untuk membebaskan Anwar dan teman-temannya, paling kurang BN akan dapat dikurangkan sikit senario ‘politiking’ dalam Kerajaan pimpinannya. Tapi Mahathir mesti dihumbankan dulu..!! Dialah kepala "Penyangak"..!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Berkerat Rotan) - 13.12.2002 (Suntingan M@RHAEN)

Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!