UMNO/BN LAH YANG MENGGALAKKAN BUDAYA ‘ALONG’ DI DALAM
PENTADBIRANNYA…..!!
Oleh Amin Sapiro (tak suka menjirus air ke daun keladi)
BILA kita cuba membincangkan isu Along “Cheti haram” ini, rasanya tidak lengkap kalau setakat seseorang penyelidik itu setakat menganalisa isu ini dan mencari penyelesaiannya melalui pemikiran dan mata kasar saja, tanpa merujuk kepada kejadian sebenar. Kerana, Along “Cheti haram” itu lebih pintar dan cekap modus operadinya. Mereka bukan setakat meminjamkan wang saja, malah sudah menyusup ke dalam segenap saraf dan urat nadi masyarakat setiap kaum dan bangsa. Tetapi yang paling parah adalah peniaga Melayu yang kecil-kecil. Mereka lebih yakin kepada Along daripada sistem Perbankan yang  ada. Itu adalah fakta benar.

Asal Usul Cerita ‘Along'

Sejak minda orang Melayu dirasuk budaya Raja Mandeliar di zaman Melaka hinggalah mereka hidup di zaman selepas Medeka, orang Melayu diperkudakan oleh Along “Cheti haram” ini. Lebih teruk lagi sejak Mahathir menjadi Presiden UMNO –  “Cheti haram” semakin menjadi-jadi. Bermakna, penyakit masyarakat ini sudah membudaya dalam sistem hidup manusia ‘kais pagi makan pagi….” hingga ke jantung-limpa umat manusia di negara ini.

Konsep si Along ini bermula dengan nama “Benggali Kapor Tarok”. Benggali ini boleh dicamkan dengan berserban putih melilit kepala. Bila cukup bulan, dia akan menunggu di depan pintu pejabat Kerajaan. Matanya akan jinak memerhatikan si dia yang berhutang – peminjam wang daripadanya. Dia tahu bila tarikh dan hari peminjam menerima gaji. Ramai yang pulang ikut pintu belakang pejabat. Jika si peminjam engkar, dia akan buat heboh hingga si peminjam jadi malu besar. Akhirnya, wang yang dijanjikan akan dibayar daripada wang gaji yang diterima dengan kadar bunga yang amat tinggi. Pulang rumah, pukul bini…!

Biasanya, orang Melayu cukup-cukup berbangga kalau dapat duit segumpal. Mereka akan merasa dirinya kaya, kerana tanah pesaka yang dicagarkan kepada si Keling Cetiar itu ‘ada harga’. Setelah wang pinjaman habis selesai dibaham sekelip mata, mereka akan membiarkan tanah itu ditukar milik kepada Cettiar tadi setakat setengah harga cuma. Yang peliknya, mereka yang menggadaikan tanah kepada Cettiar itu adalah bakal-bakal Haji yang berminat sangat-sangat nak ke  Mekah menunaikan rukun Islam kelima. Maka bertukar tanganlah tanah pusaka sekangkang kera itu menjadi ‘serban’ berwarna putih.

Sekarang ceritanya berbeda sikit. Cetti haram ini sudah meneroka ‘pasaran’ baru pula. Mereka tidak memerlukan sebarang sandaran (collateral) bagi pinjaman bernilai RM10,000 dengan syarat sang suami memaklumkan nama penjamin tak rasmi. Malah, ada sang suami yang berpura-pura bergaji besar dan berhasrat nak menunaikan kemahuan isteri muda no.2 yang banyak minta. Mereka akan mencagarkan kereta dan rumah, nama dan jawatan isteri No. 1 tanpa diketahui sesiapa.

Bila hutang cettiar tidak dibayar, maka seluruh keluarga akan dianiaya (harrassed) oleh si Along dengan pelbagai cara. Ini termasuk gambar fotostat sang suami dan alamat rumahnya akan ditampal di pagar rumah-rumah di seluruh taman perumahan yang mereka diami sendiri. Itu adalah permulaan strategi ugutan si Along untuk memberi keluarga itu malu besar! Ada yang membunuh diri dengan meminum cuka getah atau terjun bangunan. Itu cerita lain.

UMNO Penggalak Cetti Haram

Kita tak perlu hairan sangat cerita Along ini. Ada di antara peminjam (pelanggan) si Along itu ‘kader-kader’ UMNO yang ramai ditaja oleh UMNO peringkat Bahagian. Mereka adalah JKKK dan Ketua Cawangan UMNO di kampung-kampung. Mereka terpaksa meminjam daripada Along kerana tidak ada sebarang Bank dan Institusi Kewangan Berdaftar yang mau memberi ‘loan’ pinjaman tanpa urusan perniagaan yang berwibawa. Pinjam untuk ongkos Pilihan raya nama ada dalam schedule..!

Jadi, atas asakan dan keinginan untuk menjadi calon Wakil Rakyat UMNO yang dijanjikan oleh Ketua Bahagian UMNO setempat, maka mereka yang pasti perlukan wang tunai/kontan pendahuluan untuk dibuat belanja seharian keluarga dan berbelanja sakan membayar duit kopi untuk ‘membeli’ kesetiaan penyokong. Biasanya orang UMNO jenis inilah yang mula-mula berjinak-jinak berkawan rapat dengan si Along ‘Cetti Haram’ itu. Sebab Parti tak boleh tanggung ongkos Pilihan raya, puncanya duit parti sang Ketua Bahagian dah faraidkan dengan suku-sakatnya sebagai habuan 5 tahun sekali. Maka calon terpaksa berikhtiar sendiri.

Musibbah dan malapetaka hanya akan bermula apabila diketahui bahawa UMNO tidak memperakukan janji mulut untuk mencalonkan dirinya sebagai Wakil Rakyat. Maka wang pinjaman daripada Along yang digunakan untuk berkempen umpama jadi ‘peluru habis Palembang tak alah’. Sia-sia saja. Memang si Along tidak akan bertindak mengisytiharkan si polan itu sebagai Muflis (bankrut). Selamatlah sikit. Tapi ugutan cara lain pasti datang juga. Barua UMNO ini bertukar jadi “Barua Along”. Dia akan menjadi ‘belukang darat’ – tukang ampu wakil rakyat UMNO yang menang. Dia berusaha memutar-belit orang kampung sebagai ikhtiar untuk membayar pinjaman dari si Along. Ada yang memujuk orang kampung supaya menggadaikan tanah mereka kepada Wakil Rakyat UMNO yang menang. Itu sebab Akta tanah Felda dan Tanah Simpanan Melayu (TSM) akan diubah-pinda UMNO, kalau nak tau…!!

Andainya si calon menang Pilihan raya dan menjadi Wakil Rakyat, maka si Along akan datang kepadanya menuntut hutang RM50,000 yang sekarang bertukar angka menjadi ratusan ribu. Tetapi kali ini, si Along akan lebih bijak. Dia  datang dengan sekeping “Kertas kerja” untuk mengusulkan projek-projek yang bukan-bukan dengan kos berjuta-juta. Kes jalan ‘panjang sedepa’ di Sekincan dengan kos RM93 juta itu adalah berpunca daripada hutang Khir Toyo meminjam duit Cina yang menyewakan rumahnya dulu. Itu sebab Khir Toyo bergila-gila meluluskan projek di seluruh Selangor dengan kos yang bukan-bukan, kalau nak tau…!

Itu jugalah sebabnya, ramai perwakilan dan wakil rakyat UMNO, setelah menang Pilihan raya, mereka bertukar sifat serta-merta menjadi “Penyangak”. Mereka melupakan janji kepada rakyat. Malah mereka lebih lahap daripada Along-Along “Cetti Haram” itu. Merekalah yang melakukan pelbagai macam Rasuah puluhan juta dan sanggup menjadi orang ‘simpanan’ taukeh-taukeh Cina yang laparkan tanah dan projek-projek mewah. Wakil Rakyat UMNO itu hanya menjadi ‘budak suruhan’ saja – berMecedez ke hulu ke hilir dengan bini muda – tak ubah macam belangkas. Mereka sanggup melakukan Rasuah berjuta-juta dan menyokong sebarang Akta yang diusulkan UMNO di DUN dan Parlimen.

Along Dilindungi UMNO/BN

Kalau nak fikirkan dalam-dalam, budaya ‘Along’ ini sewajarnya sudah lama ditangani dan seharusnya berjaya dihapuskan oleh UMNO/BN – jika Kerajaan UMNO benar-benar beriltizam membanterasnya. Yang pasti, seperti budaya ‘Gangster dan Peras Ugut’ yang satu masa dahulu berleluasa, atas kesungguhan Kerajaan, kini sudah hampir tidak terdengar lagi. Apa yang berlaku pada masa itu, seluruh Jabatan Polis dan dan agensi-agensi Kerajaan serta masyarakat membulatkan tekad dan bersepadu membanteras ‘kerja-kera haram’ mereka.

Begitu jugalah kisahnya sindiket “Cetak Rompak” CD haram. Terdengar si Abon (Sharizan) pelawak “Pi Mai Tang Tu’ secara berjenaka berkata, “Sebelum CD saya diedarkan, tukang ciplak CD haram sudah membuat promosi dan membungkus keuntungan besar”. Daripada situ kita dapat tau, bahawa penyangak yang menyapu keuntungan ‘atas angin’ seumpama ini adalah diberi kerjasama oleh ‘orang dalam’ di Jabatan Kerajaan yang menguat-kuasakan undang-undang, kan?

Tetapi, dalam sistem Along ini, terdengar khabar angin bahawa pihak Bank sendiri memberi pinjaman puluhan juta kepada mereka. Jabatan Polis tidak mempedulikan kewujudan sindiket Along in. Malah, terdengar khabar, si Along yang wujud di merata pelosok bandar terang-terangan di negara ini memberi ‘sagu hati’ kepada pegawai polis sebagai rutin tetap bulanan bagi mengelakkan daripada disiasat jika ada aduan orang ramai. Buktinya masalah negara se’mega’ ini hanya diletakkan di bawah Kementerian Perumahan yang dikendalikan oleh Timbalan Menteri keling paria bernama M. Keyvias. Kenapa tak TPM Dollah Bedawi? Tidakkah bermakna perkara hanya ditangani sambil-lewa bak melepaskan batuk di tangga saja?

Along “Benggali Melayu”

Terdengar kisah daripada beberapa orang yang pernah meminjam daripada si Along itu yang terang-terang menyebut
nama-nama orang kenamaan – Melayu…!!

Satu masa dalam tahun 50-60-an dulu, ada seorang bernama Aziz Abu Hassan (suami Tan Sri Aishah Ghani kah?) yang bertugas di Radio Malaysia. Dia lebih dikenali sebagai ‘Benggali Melayu’ oleh budak-budak muda yang bujang yang bekerja di sana. Si peminjam boleh dapat wang dalam tempoh satu jam dengan janji bahawa bayaran akan dijelaskan oleh si peminjam bila cukup bulan dapat gaji. Syaratnya, pinjaman mesti bayar habis dengan potongan gaji termasuk bunganya dalam kadar ‘one plus one’. Maknanya, pinjam RM50, pulangkan RM100. Kerja “riba’ yang ditegah agama” yang diamalkan si Aziz ini sudah jadi ‘public secret’. Bila dia berhenti kerja dan cuba menikmati habuan kerja maksiatnya, Allah swT menghukum manusia begini. Aziz ini jadi lumpuh satu badan, duduk-baring ditolongi anak-bini, air liur meleleh dari mulut hingga terpaksa pakai ‘bib’, kencing-berak orang lain yang tampung dan cebokkan, lidah kelu hingga tak boleh lagi bercakap, dan makan minum terpaksa disuapkan. Apa yang pedih sekali, nyawa di tenggorok masih berdenyut dimerih. Inilah kesudahan nasib ‘Benggali Melayu’ – Cetti haram yang mengaku beragama Islam, kunun…! Mampos tak mau juga walaupun dia selalu membebel bercakap ‘lebih baik aku mati’ katanya..!

Bagaima Membanteras Operasi Si Along?

Jawapnya: Tak tau nak kata….! Ia seperti masalah pelacuran juga. Selagi ada ‘demand and supply’, dan selagi wang adalah ‘tuhan’ dan menjadi matlamat yang dipuja-puja manusia, kedua-dua perkara ini akan terus menjadi isu hidup manusia. Tambahan pula, kita nampak sungguh sekarang si Along sudah mengalami ‘anjakan paradigma’. Mereka tidak takut mengugut hingga membunuh sekalipun. Pengutip wang pinjaman sudah pakai ‘handphone’ dan berkereta Mercedez 280 ke warong-warong. Polis sudah masuk dalam ‘poket’….!

Walaupun betapa hebatnya desakan Kerajaan pemimpin UMNO yang mahukan orang Melayu supaya membangun, tapi Mahathir dan pemimpin UMNO satakat pandai bercakap menghina orang Melayu sebagai Haprak. Sebenarnya mereka inilah 100% haprak – hingga sanggup mempersenda Nabi. Malah ada ulamak UMNO (Mustafa Taib namanya) mensetarafkan Mahathir sebagai Nabi Muhammad s.aw. Inilah dia Ulamak gila isim yang sudah fasik..!

Cuba fikir betul-betul, antara beberapa sumbangan Nabi Muhammad s.a.w. yang paling besar kepada manusia ialah memulihkan sistem ekonomi penduduk Madinah yang hidup dalam cengkaman sistem ekonomi Yahudi zaman berzaman. Hingga sekarang, ramai para ilmiah cuba mengkaji bagaimana Muhammad s.a.w sedemikian berjaya mengalahkan Yahudi. Sebab, Muhammad s.a.w merobah sistem Yahudi kepada Sistem yang diamanahkan Allah swt.

Apa UMNO dan Mahathir Buat?

Apa Mahathir sudah buat? Mahathir bergila-gila suruh kita belajar menteladani Taiwan, Korea dan Jepun pulak. Tidakkah cukup Mahathir mengamalkan sistem “Kroni, Konspirasi dan Korupsi” lagi? Daripada menggadaikan orang Melayu kepada Yahudi Barat, Mahathir sudah menjual orang Melayu dan negara ini kepada Jepun bulat-bulat. Di namakan pula dengan nama ‘glamour’nya: “Dasar Pandang ke Timur”, kunun. Tapi kesannya sama juga – orang Melayu dijual murahan oleh Mahathir dan UMNO kepada orang luar..! Sudah Proton Saga, apa pulak lagi?

Nampak betul kepada kita, bahawa sumbangan Mahathir terbesar ialah meracuni akal fikiran orang Melayu beragama Islam – lebih-lebih lagi yang membaca Utusan Meloya dan Berita Hairan. Hari ini, Mahathir sudah sungguh berjaya memutarkan kepala hotak ulamak UMNO dan penyokongnya. Mereka disuruh mengangung-agungkan ‘Masjid Putrajaya’ sebagai lambang “Keislaman UMNO dan Mahathir”. Hingga Imamnya sekarang, dan Menteri yang menerajui Kementerian terbabit hanya bercakap sekadar ‘membelasah’ Khatib di sebuah masjid di Kedah yang menunjukkan yang benar.

Di TV, ulamak UMNO asyik membodek Mahathir dan UMNO saja-saja. Mereka inilah keparat yang ditolak rakyat. Mereka ‘musang berbulu ayam’. Pendek kata, selagi UMNO/BN dan karenah para pemimpinnya tidak dikikis habis-habisan dan dihumbankan ke dalam jamban; isu Along dan “Cetti Haram” akan terus berleluasa. Puncanya Along dan “Cetti Haram” sudah puluhan tahun menjalin hubungan operasi dalam sebuah sistem yang sama dengan sistem Kerajaan sekarang. Mereka hidup di bawah perlindungan pembesar-pembesar UMNO/BN.

Kesimpulannya

Jadi, sebagai kesimpulan, jika diperhatikan betul-betul; Dr. Mahathir – Perdana Menteri UMNO itu, saling tak tumpah tabiatnya sebijik replika si Along dalam mentadbir negara ini. Dia mengumpan menteri-menteri dan pemimpin UMNO/BN dengan kemewahan melalui rasuah; tetapi dia akan menjerat dan mencekik mereka sebagai bayaran balik. Itu sebab maka berlakunya sindrom “Jilat Buntut” dan “Pak Angguk” di kalangan puak UMNO yang makan rasuah. Mereka jadi tukang bodek dan tukang ampu.

Tidakkah para penyokong UMNO/BN memang suka makan duit haram dan gila betina……..?

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Berkerat Rotan) - 15.12.2002 (Suntingan M@RHAEN)

Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!