SAH DOLLAH BEDAWI DIKHIANATI OLEH DR. MAHATHIR (sKT)
– PRESIDEN PARTI
Oleh Amin Sapiro (seronok melihat UMNO main wayang)
RAMAI orang tidak menduga komen singkat Datuk Seri TG Hadi Awang (MB Terengganu) mengenai ‘perebutan kuasa’ dalam kepimpinan UMNO. Beliau berjaya bikin Mahathir terloncat bagai seekor kera bila punggungnya disumbu besi panas. Itu sudah cukup hebat. Benar atau salah dugaan beliau (Datuk Hadi Awang) itu, bak peribahasa Melayu: “Kalau tidak padi menguning di ladang, masakan tempua bersarang rendah”, kan?

Jangan kelentong laaa.. Madey. Bukan Pembangkang bermakna bangang..! Malah sudah terbukti mereka lebih berwibawa dan disenangi rakyat. Itu sebab, Terengganu dan Kelantan berjaya dirampas dari tangan UMNO. Khabarnya, berlori-lori dokumen pecah amanah yang dapat diangkut dari pejabat MB-MB UMNO yang korap sebelum itu. Royalti PETRONAS mereka jadikan sumber kaya-raya. Itu apa ceritanya?

Bak kata orang tua-tua: “Sekilas ikan di air sudah nampak jantan-betinanya”. Apatah lagi bila ikan sudah garing digoreng dalam kuali. Komen Mahathir itu sudah memadai memberi petanda. Masihkah nak berdalih juga? Orangpun ada mata, ada telinga………!! Bagai tulisan di dinding – sudah terpampang mudah dibaca.

Amalan Dan Tradisi UMNO

Sekian lama UMNO mengadaptasi budaya ‘Keling’. Contohnya, kalau Keling mengangguk, maknanya “Tidak”. Kalau “Iya”, ia akan menggeleng sampai naik pening. Maksudnya, jika Mahathir menafikan, ertinya memanglah perkara itu ‘benar’ dan berlaku. Tambahan pula, dalam UMNO banyak buaya-buaya yang ‘lapar’. Resam buaya pula, jika lapar ia sanggup membaham kawan. Contoh terbaik peristiwa Mahathir berkonspirasi membuang semua Timbalannya sebelum ini. Bermula daripada Musa Hitam hinggalah kepada Datuk Seri Anwar, tradisi buaya “baham kawan” itu ditaja dan dijadikan amalan Mahathir. Macamana nak berdalih? Sudah ada bukti sahih!

Belum pernah berlaku dalam sejarah pemimpin negara-negara di dunia, seorang PM sampai 3 orang Timbalan semudah itu dibuang begitu saja. Mungkin nasib Dollah juga sudah dirancang oleh Mahathir juga. Hanya UMNO saja sebuah parti terulung dalam sebuah negara membangun merestui perangai Presiden partinya begitu. Nak nafikan macamana? Ada bukti kukuh dan nyata (meminjam kata-kata Mahathir…!). Walau berkelentong macamana sekalipun, orang sudah tak percaya lagi cakap dia. Apatahlagi cakap seorang sewel yang dah nyanyok. Seorang kaki kelentong. Pembohong.

Orang tak mau menduga samada betul atau salah Abdullah Badawi akan dicabar oleh kawan-kawan sesama dalam parti. Apa yang pasti, Mahathir ‘is sure to breathe behind his neck’. Dollah hanya setakat jadi ‘puppet’. Contoh pertama, setelah KDN dilepaskan oleh Mahathir kepada Dollah, tugas Dollah tak ada yang semenggah. Dia hanya ikut perintah bagi memuaskan ego ‘taukeh’nya. He is just another care-taker..! Jadi TPM pun cuma untuk jaga babi sebagai assignment pertama Mana maruah si Dollah mau tarok?.

Solat Jumaat Ditegah?

Sejak Dollah diberi jawatan Kementerian Dalam Negeri (KDN), kewibawaan dan keperibadian Dollah tidak pernah menyerlah. Sebagai anak seorang ulamak, masakan Dollah tidak faham makna dan nilai Solat Jumaat berjemaah kepada penganut Islam yang taatkan agamanya. Namun, demi menurut ‘titah perintah’ Mahathir si anak Keling haram jadah, mereka yang beragama Islam yang di purukkan di Kamunting, tidak dibenarkan bersolat Jumaat berjamaah. Adakah Dollah membayangkan watak seorang pemimpin beragama Islam yang amanah dan berhemah?

Kita tidak mempersoalkan sekiranya KDN bermenterikan Vladimir Putin (Presiden Russia) atau Ehud Barak (PM Yahudi rakan karib Mahathir). Bukan saja orang Melayu mempersoalkan tindakan Dollah begitu, malah Allah swT pasti akan bertanya kepada Dollah bermula dia (Dollah) melangkah ke alam Barzah, kan? Inikah dia sifat dan peribadi anak seorang ulamak? Apakah nama Kitab rujukan yang dipusakai daripada ayahnya?

Bertanya kita: Mana dia ulamak UMNO yang bijak mentafsirkan firman Allah swt? Kenapa perbuatan Dollah begitu tidak dipersoalkan? Inilah perbezaan antara ulamak UMNO yang cuma ‘cari makan dan kekayaan’ dengan ulamak Pembangkang yang mencari keredzaan Tuhan.

Kita sudah banyak kali mendapat maklumat mengenai perbuatan Dollah Badawi yang dipilih bakal pengganti Mahathir sebagai Perdana Menteri. Setiap kali dia berucap, kita nampak dia takut-takut terbabas daripada skrip yang diluluskan Mahathir. Seolah-olah, dia senyawa dan senafas dengan Mahathir. Orang buta yang tidak pekak-tuli pun dapat menilai. Apatahlagi, puluhan penyokong UMNO di MKT – pasti mereka lebih mengerti, kan?

Perlukan Perubahan

Beberapa orang yang disebut-sebut berminat merebut jawatan PM selepas Mahathir – sudah nampak. Mereka membiarkan Dollah mengikut tarian sama rentak dengan Mahathir. Mereka juga tahu, dengan membiarkan Dollah menari seirama dengan Mahathir begitu; maka mudahlah orang banyak memilih dan membezakan siapa yang lebih layak menerajui UMNO dan Negara di antara mereka.

Segala pergerakan dan tindak-tanduk Dollah adalah dalam perhatian kawan dan lawan. Kalau diperhatikan, adalah lebih merbahaya agenda dan sepak-terajang “kawan sepermainan” dari “lawan” dalam Barisan parti Pembangkang. Dollah tidak termampu menyelami ‘isi perut’ mereka yang bermuka-muka dan menabur senyum mesra. Besar kemungkinan mereka sedang bermain ‘bersandiwara’ cerita purba – siapa sangka? Bukankah UMNO sudah masak dengan adu-domba dan agenda baling batu sembunyi tangan? Itu adalah perangai yang sebati dalam darah daging pemimpin UMNO.

Perpecahan dalam kepimpinan UMNO sudah lama diperap dan dipendam. Kebencian terhadap Mahathir yang sengaja melindungi rasuah dan bersikap anti-Islam itu, bukan lagi cakap main-main. Sebagai TPM, Dollah umpama melukut di tepi gantang kepada Mahathir. Imej Dollah yang kununnya bersih, cekap dan amanah sudah hampir 4 tahun tercabar. Pastinya, ramai orang sedang berminat untuk melihat suatu kelainan dalam politik UMNO – khususnya pemimpin sesama dalam UMNO yang sudah sekian lama membiarkan Dollah melakukan 1001 kesilapan. Mampukah Dollah bertahan?

Mahathir – Pemimpin “Out Cast”

Sekarang sudah terdengar desas-desus yang menyebut bahawa beberapa orang di antara pemimpin UMNO yang berperangai “sotong” sudah membilang ‘jari-jemari’ mereka. Bila tiba masa yang tepat, mereka akan membalun Dollah tanpa kasihan belas. Masa itu, tak dapat tanduk telinga pula dipulas. Seluar dalam yang dipakai Dollah pasti terlondeh..! Hihihi..

Kalau dulu Mahathir boleh menangis berhiba-hiba – demi sayangkan UMNO, kununnya. Tapi kali ini tafsiran “sayangkan UMNO” sudah dipinda syarat dan caranya. Air mata buaya yang ditabur di pentas atau pujuk-rayu: “No.. No..! Why… Why..” – tidak lagi berguna. Itu taktik ‘lamo’. Pembangkang sudah makin mara ke hadapan – selain Terengganu dan Kelantan, mereka akan menawan Kedah-Perlis, Selangor dan Pahang. Apa yang tinggal hanya Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Itupun belum sah UMNO dapat dipertahankan di sana ‘in the next election...! Can anyone predict what will happen then? Semua komponen BN sudah bosan. Mereka simpan dendam. Itu bukan kempen Pembangkang. They are only looking while grinning… Hihihhihi…….!

Bagi menyelamatkan UMNO, pencabar Dollah dijangka akan berusaha sepenuh daya untuk membawa kelainan dalam mencorak ‘keutamaan’ dalam Dasar UMNO. Dengan sifat Dollah yang lembik dan tidak bermaya itu, rakyat sudah nampak, paling lewat Dollah akan dicabar dalam pemilihan MKT dalam tahun 2004. Khabarnya Najib dan Ku Li sengaja diam-diam ubi. Musa Hitam pun has got his team of buddies. Jawatan nombor satu sedang dirancang oleh buaya-buaya lapar merayap di dasar sungai. Apakah Dollah termampu menyelam ke dalam air sekeruh-likat itu? He can’t even breathe. It has been polluted and lack of air. Tambahan pula, Mahathir sendiri ‘has his own personal choice of men’….!!

Pembangkang Sedang ‘Cahaya Terang’

Komen TG Hadi Awang adalah bibit mula sebuah ‘kemenangan’. Beliau berjaya memecahkan ‘ego’ dan keangkuhan Mahathir selaku ‘bakal’ bekas Presiden UMNO. Kita nampak, Mahathir menggeletar kepala lutut. Puncanya, dia tidak mampu menyanggah komen Hj Hadi lagi. Tambahan pula, cakap dan komen beliau (Hj Hadi) itu adalah sebuah realiti. Camno nak diatasi? UMNO sudah koyak-rabak akibah ‘peperangan saraf’ dari pergolakan dalaman. Nak salahkan Pembangkang sebagai alasan?

Isu Datuk Seri Anwar Ibrahim makin ‘menyala’ bak unggun api. Dosa konspirasi Mahathir-UMNO membelasah Anwar dan mengenepikan beliau dari arus pentadbiran Negara akan terus menjadi minat rakyat jelata. Kehancuran UMNO sudah kembali menyerlah. Keperluan REFORMASI tajaan Anwar semakin dituntut dan diminati rakyat. Apatah lagi, dalam UMNO/BN sendiri sudah ada riak-riak memperlekeh dasar pembaziran dan rasuah pemimpin UMNO yang tidak menimbangkan keperluan dan kepentingan rakyat marhaen. Contohnya. Dasar memaksakan mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris, Projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR), kenaikan kos perubatan, dan lain-lain. Semua yang dilakukan UMNO tidak memberi manfaat kepada rakyat miskin.

Hematnya, ini semua adalah agenda terakhir Mahathir sebelum meletak jawatan, guna mengkaya-rayakan Kroni dan Suku-sakatnya keliling pinggang. Masakan orang ramai tak tau. Sebab segala-galanya diswastakan kepada Kroni pilihan Mahathir. Mengapa tidak diselenggarakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka?

Apa yang jelas, sejumlah RM5.0 billion diperuntukkan bagi menampung perbelanjaan bagi memusnahkan identiti bahasa Melayu. Itu belum lagi kos projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang yang membebankan rakyat di sana berbilion RM jumlahnya. Bolehkah UMNO diharap menerajui Negara? Kerana kaum Cina ‘terlebih’ sedikit grey-matter dari penyokong UMNO untuk berfikir, maka MCA sanggup kepala mereka ‘dipancung’. Kenapa BN tak buang mereka? Adakah kerana masih mengharap kekuatan ‘tongkat’?

Pilih Yang Mana Satu

Makin ketara sekarang, Pembangkang sudah melihat ‘cahaya terang’ di hujung terowong’. Dollah tak boleh berlagak angkuh dan sombong. Di zaman IT ini manusia tak boleh cakap bohong. Silap langkah berdarah hidung (bloody nose…!). Mahathir juga yang cakap, kan?

Nah..! Pilih satu antara dua – sama ada Dollah rela jawatannya disambar oleh ‘contender’ sesama UMNO, atau Pembangkang mengambil-alih menerajui beberapa Negeri lagi dalam Pilihan raya akan datang. Pada adatnya, Mahathir tak lama lagi akan “berputih tulang – Padam……..!! UMNO/BN pasti akan lari malam. Hihihih……..

Memang bijak TG Hadi Awang, kan? Mungkin itu berkat istikarah sembahyang malam.

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Berkerat Rotan) - 04.01.2003 (Suntingan M@RHAEN)

 
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!