DR. MAHATHIR MEMBAWA KEMUSNAHAN KEPADA UMNO/BN
DENGAN SIKAP ‘CELUPARNYA’! (Bahagian 2)
Oleh Amin Sapiro (Dr. Mahathir – pemimpin sekupang dua bijik)
PAS Wujud Kerana Idamkan Kuasa?

Mahathir cuba mencuit sejarah politik orang Melayu dan kekuatan perpaduan sesama mereka pada zaman sebelum Merdeka. Itu dijadikannya modal fitnah dan pembohongan besar dalam ucapannya. Seolah-olah orang Melayu yang hadir di padang Kolej Sultan Ismail dan penonton TV semua ‘buta sejarah’ – tidak berpendidikan langsung…. Macam dia difikirkan dirinya agaknya.

Mahathir berkata: Pada mulanya, orang Melayu berpadu-erat tanpa memikirkan ideologi parti kecuali UMNO saja. PAS hanya wujud setelah peluang UMNO cerah menuntut kemerdekaan. Dengan itu PAS menubuhkan parti sendiri semata-mata kerana pemimpin mereka mahu jadi ‘Yang Berhormat’. Dengan itu, mereka akan dapat gaji dan elaun – dapat kuasa untuk cari makan cara mudah….!!

Tatkala Mahathir berkata begitu, Ku Li dan Khalil Yaakob malah si bongok macam Ibrahim Katak terpinga-pinga saling berpandangan antara satu sama lain. Sekerat padang melopong kehairanan dengan tafsiran si Nyanyok itu. Mereka nampak sekarang betapa buta dan bangangnya Mahathir dalam pembacaan ’Sejarah Kebangkitan Kemerdekaan Orang Melayu di Malaya’. Dia berkelentong macam ‘keling mabok tuak’.

Sebenarnya, mengikut realiti sejarah, bahawa yang tamak dan pelahap kuasa ialah pemimpin UMNO sendiri. Jika tidak, masakan Allahyarham Datok Onn – datok si Hishamuddin Hussein, sanggup berkelahi ‘berkerat rotan berpatah arang’ dengan UMNO versi Tunku Abdul Rahman. Lalu dia keluar daripada UMNO dan menubuhkan Parti Negara. Sebab, memasing nak jadi PM pertama Malaya merdeka. Keadaan jadi kecoh kacau-bilau. Orang putih bertepuk tangan tanda suka bahawa walaupun orang Melayu belum merdeka, pemimpin mereka dah bagi peluang ‘mat saleh’ perintah Malaya semula.

PAS Dengan Wawasan Penyelamat

Terkilas ikan di air, sudah nampak jantan-betinanya. PAS ditubuhkan. Kewujudan PAS oleh ahli politik Melayu yang berwawasan jauh (melepasi Wawasan 2020 Madey) adalah satu pilihan terbaik kepada orang Melayu. Orang Melayu berfikir, sekiranya UMNO jadi ‘pagar makan padi’, PAS perlu menjadi ‘ombudsmen’ (check and balance) kepada kedua-dua ‘ayam jaguh’ daripada rumpun UMNO yang sedang berlaga itu. Bagi PAS, isu kedaulatan dan maruah bangsa, agama dan tanah air tidak boleh dikompromi. UMNO boleh mati, namun hak bangsa dan tanahair dan agama mesti dipertahankan. Itu iltizam mereka.

Kita melihat bagaimana sukar dan peritnya Allahyarham Dr. Burhanuddin Helmi bekerja keras menegakkan iltizam PAS di sepanjang hayatnya. Beliau dan kawan-kawan seperjuangannya bermati-matian memberi makna, kesedaran dan kefahaman kepada seluruh orang Melayu betapa pentingnya Parti Islam SeMalaya (PAS) diberi mandat menerajui Kerajaan. Rakyat Terengganu faham. Rakyat Pantai Timur mengerti. Parti PAS semakin berkembang walaupun sering ditekan oleh UMNO-Perikatan.

Sejarah PAS rebah-bangun perkara lumrah. PAS tetap sabar, hingga TG Hadi Awang adalah ahli Parlimen ‘tunggal’ yang berjaya jadi wakil di sana. Tugas berat sebagai ‘ombudsmen’ yang dipikul oleh beliau kerap diperlekeh oleh ‘gampang-gampang’ UMNO yang korup macam Mahathir.

Ternyata, hari ini, UMNO di bawah tadbiran si Mamak keturunan baka Mandeliar ini mentadbir negara sekaya ini seolah-olah macam kepala bapak dia yang punya negeri. Duit rakyat dijadikan macam harta bapaknya yang diangkut dengan tongkang dari Krala. UMNO dijadikannya tempat dia berdisko mencari harta kekayaan.

Kita lihat sekarang, pemimpin UMNO dan rakyat dicekik di kerongkong, rasuah dilindungi, hasil bumi diangkut ke luar negara, anak-anak Mahathir yang tak pernah belajar agama secara formal jadi iblis-penyangak – tak kenal dosa-pahala. Pakai kaut muntah-kedarah saja. Betul-betul Perbendaharaan Malaysia macam bapak dia yang punya. Itulah pemimpin UMNO….!

PAS Umpama 'Lilin membakar Diri'

Namun, Wakil dan pemimpin PAS di Parlimen terus menjadi ‘ombudsmen’ terulung. Mereka mendedahkan sikap ‘udang di sebalik batu’ dan ‘talam dua muka’ pemimpin UMNO yang berpresidenkan Mahathir. Atas kesabaran PAS, sekarang PAS dianggotai ratusan cendekiawan bertaraf Masters dan Ph.D dalam bidang ilmu Kejuruteraan, Perubatan, Pertanian, Kaji Bumi, Pentadbiran Perniagaan, Agama Islam, dll. UMNO mana ada? Ph.D Rais Yatim lebih dikenali sebagai ijazah ‘Penyangak Hasad Dengki’. Jauh beza oiii…Rais..!

Nah, mari kita soal dan cuba bandingkan: Adakah pemimpin PAS bertujuan jadi wakil rakyat kerana tamakkan kuasa demi mengaut kekayaan macam matlamat Daim Zainuddin, Rafidah Aziz, Rahim Thamby Chik, Khir Toyo dan semua wakil rakyat dan MB-MB UMNO?

Kita sudah menyaksikan rumah TG Nik Aziz, TG Hadi Awang dan puluhan pemimpin PAS di merata pelosok negeri ini. Wakil UMNO mendiami banglo mewah di lereng bukit walaupun tak sampai setahun jadi YB. Itu apa, hah, Mahadey Kotey? Inilah yang menjana PAS bekerja keras bagi mendapat sokongan. UMNO sudah semakin parah…!

Mahathir Guna Kuasa Jadi ‘Penyonglap’

Suatu yang boleh jadi bukti: Mahathir mendiami mahligai RM500 juta di Putra Jaya yang dibina sewaktu ekonomi negara meleset teruk. Sebaliknya, orang Kg. Medan bercekik-merih sesama sendiri, dikelilingi takungan air yang membiak nyamuk aedes, minum daripada air paip dengan berkongsi berkelompok.

Rakyat di Kelantan dan Terengganu merempat seperti dalam GERHANA walaupun puluhan tahun di bawah MB-MB UMNO bergelar ‘Ulamak’. Ulamak UMNO memang korup. Mereka meninggalkan hutang ratusan juta. Itulah yang diusahakan oleh MB-MB PAS membayar balik kepada Kerajaan Pusat setelah Kelantan dan Terengganu ditadbir oleh parti itu. Adakah mereka tamak dan rakus kuasa – jadi MB sebab nak rasuah boleh kaya-raya macam pemimpin UMNO? Sebetulnya, mereka memikul hutang yang dibuat oleh UMNO..!

Budaya ‘Pak Sauk’

Budaya ‘pak sauk’ dan kaki songlap diterap menjadi budaya kekal oleh semua pemimpin UMNO. Al-Quran dan Hadis ditafsir mengikut selera Mahathir dan ulamak UMNO – hingga di RTM diletakkan ‘kambing berjanggut mulut busuk’ bernama Mustapa Taib, pendakwah upahan harga murah bertaraf ‘dua sekupang’. Boleh dipercayai Mahathir mentafsir Al-Quran, sedangkan sejarah UMNO pun dia tak faham mentafsirnya?

Tidakkah ucapan Mahathir bagai seorang sewel yang nak mampos? Mahathir berperangai seperti itu kerana hatinya resah-gelisah kerana terlalu banyak dosa yang masih tidak dimaafkan rakyat. Termasuklah dosanya kerana mempersendakan Nabi junjungan ummah. Dosanya memfitnah dan memenjarakan Anwar dengan menggunakan Hakim-hakim palsu belum terhapus. He is a really sinner… !

Mahathir kerap merujuk keratan Firman dan Hadis bagai seorang Yahudi menghafal Al-Quran. Tujuannya setakat memutar-belitkan Firman-firman Allah swT. Tafiran Mahathir itulah yang jadi ikutan pemimpin dan ‘ulamak UMNO’ rakuskan kebendaan dunia. Ini dapat didengar daripada mulut Ibrahim (katak) Ali yang tak lulus SAR. Dia memuji Mahathir sebagai pemimpin agung yang berkebolehan mentafsiran firman dan hadis mengikut kehendak semasa (UMNO?)

Mahathir Membunuh UMNO

Semua orang nampak, kedatangan Mahathir bukan memberi ‘nyawa baru’ kepada UMNO yang dah ‘nyawa-nyawa ikan’ di Kelantan/Pantai Timur. Sebaliknya, Mahathir mengisytiharkan ‘pengkebumian’ UMNO yang dah lama mampos di sana. Inilah antara kesilapan paling besar dilakukan oleh UMNO Kelantan dalam sejarah UMNO di negeri itu. Sampai lori air mineral percuma sumbangan UMNO pun tak ada siapa yang minum. Begitu sangat kebencian orang Kelantan kepada UMNO, walau tekak mereka kering dahaga, caya tu… !!

We feel sorry for Mahathir and we feel sorry for UMNO..! But it is appropriate for inviting him to bury UMNO in Kelantan before the coming election. We should thank Mahathir for officiating the ‘burial ceremony’…Hurray...!! (Kita merasa sedih terhadap Mahathir dan sedih terhadap UMNO. Tetapi ia amat bertepatan menjemput beliau menanam UMNO Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum. Kita patut 'bersyukur' kepada Mahathir kerana merasmi dan menyempurnakan Majlis Pengkebumian tersebut. -M@R)

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Berkerat Rotan) - 17.01.2003 (Suntingan M@RHAEN)

Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!