UNDILAH PAS ATAU KEADILAN
Oleh Ali Allah Ditta

Hari Ahad ini rakyat Malaysia akan mengundi bagi memilih sebuah kerajaan baru untuk 5 tahun akan datang. Dari laporan-laporan media massa, sama surat khabar atau radio dan tv, nampaknya parti BN akan sapu bersih, memperolehi majoriti 2/3 dengan mudah. Menurut laporan
media ini, kali ini tidak ada isu yang hendak diketengahkan oleh pembangkang. Janganlah kita mudah terpengaruh dengan dakyah ini kerana dalam  diam-diam pembangkang telah menimbulkan ratusan isu yang menyebabkan BN terpaksa menangkisnya dengan pelbagai cara.

Kita perlu ingat bahawa pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah.Kalau BN menang, BN bertanggungjawab untuk membawa pembangunan seperti yang dijanjikan. Jika BA menang maka BA akan bertanggungjawab terhadap pembangunan. Jangan dengar dakyah BN kononnya kalau BA menang akan berlaku huru-hara. Huru-hara yang diwar-warkan itu adalah imaginasi parti BN kerana tidak mahu terima hakikat bahawa mereka telah tewas.

Dari tinjauan saya di beberapa  kawasan pilihan raya,saya dimaklumkan ada pengundi2 yang nama mereka tidak terdapat dalam daftar pemilih,ada pula yang mengadu namanya telah dipindah ke kawasan parlimen lain secara tiba2 dan ada pula yang namanya dipindah ke negeri lain. Ada seorang pengundi yang ditemui mengadu namanya telah ditukarkan ke Endau,Johor walaupun beliau tidak pernah menjijak kakinya di Johor. Saya syak bahawa perbuatan memindah nama calon ke negeri lain adalah perbuatan BN/UMNO dengan kerjasama SPR, kerana orang-orang yang terlibat ini adalah penyokong totok PAS atau Keadilan. Malang sekali, orang-orang yang terlibat ini tidak dapat mengundi kali ini.

Dari segi perang poster,jelas bahawa BN menang dengan mudah sekali. BN sebuah parti yang kaya raya dan boleh berbelanja besar untuk menghasilkan poster-poster yang berbagai-bagai. Sebaliknya,masih ada calon-calon BA,yang poster mereka masih tidak kelihatan,walaupun hari mengundi sudah hampir.Perbelanjaan besar terhadap penghasilan poster telah melebihi had perbelanjaan seorang calon dalam pilihanraya,tetapi SPR diam saja seolah-olah SPR merestui amalan BN ini.

Keluarlah beramai-ramai untuk mengundi,kerana mengundi adalah tanggungjawab kita semua. Kad Pengenalan, jangan lupa bawa dan jangan serahkan kepada sesiapa,walaupun ada yang meminta,kononnya mereka hendak semak status kita. Tanpa Kad Pengenalan kita tidak boleh menggundi.  Undi kita adalah sulit dan jangan terpengaruh dengan ugutan juak-juak UMNO,MCA atau MIC yang berkeliaran. Naiklah kereta-kereta yang tersedia untuk angkut pengundi ke pusat mengundi tidak kira dari parti mana. Jika dalam kereta pemandunya suruh saudara/ri memangkah kati(BN), hanggok atau kata ya saja dan tidak perlu bertengkar. Kalau dalam kereta mereka beri wang ringgit supaya undi parti BN,ambil dan ucapkan terima kasih.Tetapi bila semasa mengundi,pangkahlah sama ada PAS atau Keadilan yang bertanding di tempat saudara/ri. Di tempat di mana tiada calon PAS atau Keadilan bertanding, pangkah calon DAP dan jangan sekali-kali pilih BN.

Selamat mengundi dan jangan lupa untuk memilih parti PAS atau Keadilan. Mudahan-mudahan berkat sokongan saudara/ri pakatan PAS dan Keadilan dapat menawan beberapa buah negeri serta menambah kerusi Parlimen serta mengagalkan hasrat BN memperolehi majoriti 2/3.

ALI ALLAH DITTA - 20.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN