TNB DITUNTUT UNTUK MENURUNKAN KADAR TARIF ELEKTRIK

KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA PARTI KEADILAN RAKYAT
2 NOVEMBER 2003

TNB DITUNTUT UNTUK MENURUNKAN KADAR TARIF ELEKTRIK

Pada 28 Oktober 2003 yang lalu Pengerusi Tenaga Nasional Berhad telah mengumumkan keuntungan RM 1,720,000,000.00 ( RM 1.72 bilion). Keuntungan berdasarkan laporan prestasi kewangan TNB tahun lepas dari Ogos 2002 hingga Ogos 2003.

Angkatan Muda Malaysia, Parti Keadilan Rakyat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah di atas pencapaian tersebut. Namun kami mendesak agar keuntungan tersebut turut dikongsi dengan seluruh rakyat Malaysia yang menjadi sumber pendapatan dan pengguna setia TNB.

Kami menuntut Tarif Elektrik khususnya bagi kegunaan domestik dikaji semua untuk diturunkan sebagai menghargai dan berkongsi kejayaan sebuah syarikat Malaysia.

Semasa kegawatan ekonomi yang lalu TNB turut mengalami kesan dan demi mengelakkan kerugian TNB telah menaikkan kadar tarif elektrik. Namun mengikut kenyataan TNB dalam laporan yang sama juga TNB kini telah kembali kepada prestasi kewangan seperti sebelum krisis kewangan 1997/1998.

Maka dengan itu wajarlah taktif ini dikaji semula. TNB sebagai sebuah syarikat kebanggaan negara tidak seharusnya bersikap apabila rugi melihat kepada rakyat untuk diperas tetapi apabila untung langsung tidak melihat rakyat untuk berkongsi kejayaan tersebut.

Paklah sebagai perdana menteri baru seharusnya melihat ini dengan serius. Kekayaan negara harus dikongsi bersama.

Salam Reformasi.

“ Mempertahankan keADILan”

BADRUL HISHAM SHAHARIN
KETUA PENERANGAN
ANGKATAN MUDA MALAYSIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
chegubard@freeanwar.com
Kiriman: ANGKATAN MUDA REFORMASI MALAYSIA - 01.11.2003
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN

Click Here!