RM 9500000.00 (RM 95 juta ) DUIT NEGARA DIGUNA
UNTUK HANTAR SEORANG ANGKASAWAN

KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA PARTI KEADILAN RAKYAT
2 NOVEMBER 2003

RM 9500000.00 (RM 95 juta) DUIT NEGARA DIGUNA UNTUK HANTAR SEORANG ANGKASAWAN.

28 Oktober 2003 yang lalu selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemandu Program Angkasawan Negara, Najib Tun Razak telah mengumumkan penggunaan wang negara sebanyak RM 95000000.00 untuk menghantar seorang angkasawan ke angkasa lepas.

Angkatan Muda tidak menghalang dan tidak menafikan kemungkinan wujud keperluan dalam menghantar angkasawan tersebut. Namun kami menuntut satu kajian serius sebelum perbelanjaan yang amat besar wang rakyat digunakan untuk satu projek mega yang dilihat kurang memberikan kesan kepada rakyat terbanyak.

Jumlah wang tersebut jika digunakan sebaiknya mampu untuk menanggung kos pengajian penuntut – penuntut di Institut Pengajian Tempatan secara percuma. Dengan ini akan lebih memberi peluang ramai rakyat Malaysia yang kurang mampu untuk mendapat hak melanjutkan pelajaran.

Abdullah Hj Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia yang baru seharusnya meneliti perkara ini kerana ia berkemungkinan menjadi satu lagi projek pembaziran wang rakyat. Beliau sendiri pernah mengkritik projek dan program mega yang membazirkan wang rakyat sedangkan minda rakyat Malaysia sendiri tidak maju dan setaraf dengan minda negara mundur.

Salam Reformasi.

“ Mempertahankan keADILan”

BADRUL HISHAM SHAHARIN
KETUA PENERANGAN
ANGKATAN MUDA MALAYSIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
chegubard@freeanwar.com
Kiriman: ANGKATAN MUDA REFORMASI MALAYSIA - 02.11.2003
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN

Click Here!