ANGKATAN MUDA MENYOKONG RESOLUSI
MAJLIS EKSEKUTIF KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD


KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA PARTI KEADILAN RAKYAT
3 NOVEMBER 2003

ANGKATAN MUDA MENYOKONG RESOLUSI MAJLIS EKSEKUTIF KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

Angkatan Muda Malaysia, Parti Keadilan Rakyat dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap Resolusi yang dibuat oleh Malis Eksekutif Kesatuan Pekerja – Pekerja Keretapi tanah Melayu Berhad( KPPKTMB) pada 21 Oktober 2003.

Lewat tahun 80 an Keretapi Tanah Melayu (KTM) telah diswastakan. KTMB telah diserahkan kepada Konsortium Marak Unggul yang merangkumi Renong, DRB Hicom, Bolton dan Jasa Meta. Walaupun wujud penentangan dari perbagai pihak termasuk kesatuan pekerja KTMB sendiri penswastaan ini tetap diteruskan. Akhirnya kini jelas penswastaan itu gagal. Konsotium Marak unggul gagal menguruskan KTMB dan kini kerajaan sekali lagi mempertaruhkan seluruh kepentingan ktmb termasuk pekerjanya dengan menyerahkan kesemuanya kepada GAMUDA dan Malaysia Mining Cooparation ( syarikat yang dimiliki oleh Syed Mokhtar Bukhari )

Angkatan muda malaysia menyokong tuntutan KPPKTMB dan menuntut

1. KTMB dipindahkan semula kedalam sektor awan

Seharusnya kerajaan sedar dengan kegagalan yang berlaku. Untuk menginsafi kegagalan tersebut kerajaan sepatutnya bertindak dengan lebih bertanggungjawab dengan memasukkan kembali KTMB kedalam sektor awam.

2. Menentang perpindahan urusan KTMB ke tangan Syarikat Gamuda dan MMC

Sekali lagi diperlihatkan bahawa projek penswastaan ini mempunyai kepentingan kroni kerana syarikat tersebut jelas mempunyai kepentingan kroni bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4.

3. Siasatan terbuka kerugian dan kehilangan harta KTMB.

Selepas di swastakan akhir 80an KTMB telah banyak kehilangan aset milikannya seperti apabila ordinan keretapi diubah menyebabkan pemindahan milik tanah ktmb di selurh rangkaian keretapi seperti Bangsar, briekfields, dayabumi, puduraya, sentul dan lain-lain tempat. KTMB akhirnya hilang kesemua aset ini kerana dipindah milik untuk dimajukan. Dan kini ktmb ditinggalkan tak ubah seperti habis madu sepah dibuang

4. Mengembalikan hak bonus dan faedah- faeadah lain kepada kakitangan

selepas diswastakan kakitangan KTMB kehilangan hak seperti bonus yang dibekukan dan pinjaman perumahan yang telah hilang. Kesemua ini perlu dikembalikan malah kebajikan pekerja perlu diambil perhatian segera.

Apa yang lebih menarik resolusi ini jelas mengkritik kegagalan  dasar penswastaan perdana menteri Malaysia yang keempat. Maka dilihat selepas Dr. Mahathir tidak mempunyai jawatan telah mula ada yang mengkritik secara terbuka kegagalan beliau yang selama ini disorokkan.

Tahniah buat KPPKTMB, Angkatan Muda Malaysia sentiasa menyokong mana- mana individu atau pertubuhan untuk memperjuangkan hak mereka. Kami dengan tegas menyeru Perdana Menteri Malaysia ke 5 menghentikan segala projek atau dasar yang menjual kepentingan rakyat terbanyak.

Salam Reformasi.

“ Mempertahankan keADILan”

BADRUL HISHAM SHAHARIN
KETUA PENERANGAN
ANGKATAN MUDA MALAYSIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
chegubard@freeanwar.com
Kiriman: ANGKATAN MUDA REFORMASI MALAYSIA - 03.11.2003
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN

Click Here!