BENGKEL MEMBINA WEBSITE CARA MUDAH DAN PERANG SIBER DIADAKAN LAGI!


Di atas permintaan dan sambutan yang diterima Bengkel Asas Membina Laman Web akan diadakan semula pada 8hb dan 9 November ini.
 
Dalam perkembangan dunia yang pesat ini, maklumat telah dijadikan senjata untuk memperluaskan pengaruh. Kumpulan yang mengusai maklumat khususnya penyebaran maklumat akan mampu memperkukuhkan kuasa.
 
Gerakan Reformasi Malaysia satu ketika dilihat begitu kuat kerana faktornya aktivis reformasi telah menguasai penyebaran maklumat. Walaupun penguasa memperkudakan sepenuhnya media arus perdana namun ia seolah tidak mampu menahan serangan gerakan reformasi yang menggunakan sepenuhnya penyebaran maklumat melalui kenajuan teknologi maklumat (internet). Penggunaan internet secera optimum pada ketika itu telah meletakkan kita sebagai penyerang, tetapi malangnya kini senario telah bertukar. Kita kelihatan tidak bermaya.
 
Menginsafi keadaan ini maka Biro Penerangan Angkatan Muda Malaysia, Parti Keadilan Rakyat dengan kerjasama Angkatan Muda Selangor dengan inimenganjurkan satu kursus ke arah mengembalikan penguasaan penyebaran maklumat, seperti berikut ;
 
BENGKEL SEHARI MEMBINA WEBSITE CARA MUDAH DAN PERANG SIBER
Tarikh : 8 Nov 2003 (Sabtu) / 9 Nov 2003 ( ahad )
Masa : 9.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat : Jalan Kelang Lama, K.Lumpur
Yuran :  RM 20 (seorang)
 
Di akhir bengkel ini peserta akan dipastikan mampu membina website mereka sendiri, bersesuaian dengan salah satu matlamat satu bahagian satu laman web menjelang pilihanraya akan datang.  Panduan khas juga akan dibekalkan sebagai ringkasan panduan rujukan untuk melahirkan seorang webmaster.
 
Bengkel ini terbuka bukan sahaja kepada ahli angkatan muda tetapi terbuka kepada semua pendokong dan penyokong BA / Reformasi.
 
Kepada yang berminat boleh menghubungi angkatan muda selangor atau terus menghubungi pengerusi biro penerangan angkatan muda, Badrul Hisham (chegubard@freeanwar.com).
 
Sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini amat diharapkan. Setakat ini penganjur telah menerima banyak email yang menempah tempat untuk bengkel tersebut.
Bagi yang berminat boleh menghantar tempahan tempat dengan menghantar maklumat peribadi seperti nama, alamat, pekerjaan, pertubuhan/ bahagian, no. k/p dan no telefon untuk dihubungi. Hantarkan ke alamat email chegubard@freeanwar.com. Siri bengkel seperti ini akan dibuat di seluruh negara.

Salam Reformasi.

“ Mempertahankan keADILan”

BADRUL HISHAM SHAHARIN
KETUA PENERANGAN
ANGKATAN MUDA MALAYSIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
chegubard@freeanwar.com
Kiriman: ANGKATAN MUDA REFORMASI MALAYSIA - 03.11.2003

Catatan: Terima kasih kepada penganjur Bengkel kerana mempromosikan Rangkaian Web M@RHAEN dan pada hari ini jumlah kunjungan ke Rangkaian Web M@RHAEN meningkat secara mendadak. Teruskan mempromosikan Rangkaian Web M@RHAEN ini sebagai usaha menyebar-luaskan informasi alternatif terutama menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan nanti.

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN

Click Here!