APABILA RAKYAT MULA MEMBENCI
Oleh: Marhaintua

Raja Penyangak Mahathir (sKT) telah berucap sekali lagi di kaca TV untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakyat jelata. Apakah ada banyak bezanya ucapan itu daripada ucapannya pada tahun lalu? Selain daripada mahukan rakyat bersyukur kepada apa yang disebutnya sebagai keamanan negara ini dan memahami perjuangan orang UMNO yang mencengkam kuasa selama ini dia telah membuat beberapa tambahan kecilan sahaja. Pertama, dia kata betapa pentingnya Akta ISA untuk memenjarakan orang-orang yang disyaki akan melakukan huru-hara. Kedua, seperti dulu dia menuduh orang Melayu yang fanatik dengan ajaran Islam sehingga sanggup belajar kerja-kerja memasang bom dan perangkap samar di Afghanistan dan Pakistan untuk menggulingkan kerajaan. Ketiga, dia mahukan kumpulan yang fanatik ini pergi ke negara lain untuk membuat kerja-kerja menggulingkan kerajaan. 
 
Kalau diteliti ucapannya yang disiarkan dengan jelas di semua akhbar propaganda BN (Barisan Nasional) kita dapati bagaimana Mahathir sudah tidak tahu lagi mentadbir negara. Kita boleh faham kenapa rakyat jelata amat membenci Mahathir dan Barisan Nasional. Kita sedar bahawa Mahathir seharusnya terus bersara pada akhir tahun ini dan biarkan penggantinya Paklah cuba membuat sesuatu untuk menyatupadukan negara ini semula. Apa guna tunggu persidangan NAM kalau seluruh belanja membawa perwakilan dan para akhbar kebanyakan negara yang membangun itu dibiayai dengan wang rakyat negara ini? Apa gunanya Mahathir menunggu persidangan OIC pada tahun hadapan, sedangkan belanja dua billion yang dicurahkan untuk membina infrastruktur terbaru di Putrajaya hanya untuk digunakan sekitar satu minggu sahaja.
 
Mahathir (sKT) sudah tidak layak memimpin 
 
Nampak sangat Mahathir (sKT) sudah tidak layak memimpin negara ini. Dia meracau dalam ucapannya, walaupun kita tahu ucapan itu disediakan dan dipaparkan pada ‘tele-prompter’ untuk beliau membacanya. Akan tetapi, kita dapat baca daripada air muka Mahathir betapa dia begitu tertekan membaca skrip ucapan itu sedangkan dia sedar dan tahu bahawa hampir semua yang disebutnya itu adalah palsu. 
 
Cuba renungkan segala fakta ini:
 
1. Mahathir (sKT) tidak pernah ikhlas memimpin orang Melayu. Kalau Mahathir (sKT) ikhlas kenapakah dia berikan tanah kerajaan bekas lumba kuda kepada Ananda Krishnan dan kemudiannya mengarahkan kerajaan membeli balik tanah itu dengan keuntungan yang besar kepada Ananda? Apakah benar, Ananda Krishna hanya merupakan balaci dan proksi perniagaan Mahathir (sKT)? Keuntungan besar yang mereka balun daripada projek KLCC telah membolehkan Ananda mendapat modal untuk melancarkan satelit khusus untuk Astro. Kalau betul-betul Mahathir fikirkan ketuanan Melayu, kenapakah tidak diberikan peruntukan agar projek satelit itu difaraidkan kepada semua universiti di negara ini, supaya segala kepakaran yang diperlukan boleh disusun-atur oleh setiap universiti secara kolektif? 
 
2. Ekonomi negara sudah pulih? Sekali lagi Mahathir (sKT) berbohong. Di mana taraf Indeks Komposit yang diramalkannya akan mencecah lebih 800 menjelang Disember 2002? Pada 8 November 2002, Indeks Komposit berada pada 656.88 mata. Tetapi pada 3 Disember, 2002 Indeks Komposit sudah berada pada 616.46. Apakah benar kita sudah pulih? Cuba fikirkan kenapa Telekom Malaysia mencatatkan penurunan pada keuntungannya? 
 
3. Mahathir berdosa besar kepada bangsa Melayu kerana menuduh ramai ahli politik pembangkang mahu menggulingkan kerajaan Malaysia. Rakyat sedar Al-Maunah adalah ciptaan Mahathir (sKT) untuk menakutkan Majlis Raja-Raja yang bersidang di Ipoh ketika itu. Tidak ada satu bukti bahawa orang yang disebut Al-Maunah itu terlibat dalam usaha menggulingkan kerajaan. Apakah masuk akal apabila pasukan yang mahu menggulingkan kerajaan mencuba senjata dulu dengan menembak ke udara sedangkan mereka berada hanya tiga ratus ela daripada jalan raya? Adakah masuk akal mereka boleh berkumpul selama empat malam tanpa periuk dan cerek air untuk makan dan minum? Siapa bekalkan makanan mereka di malam hari?
 
4. Mahathir (sKT) cuba pertahankan ISA, kerana mahkamah mendapati Ezam, dan rakan-rakannya yang ditahan di Kamunting itu adalah menyalahi pandangan dan keputusan mahkamah. Kenapakah Mahathir tidak membebaskan mereka sedangkan itu adalah perintah mahkamah? Kenapakah mereka ditahan atas tuduhan mahu menggulingkan kerajaan. Manakah bahan bukti mereka pernah mempunyai senjata api? 
 
5. Mahathir (sKT) kerap mendabik dada bahawa negara luar mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Kalau benar begitu, berapa ribukah banduan yang diampunkan oleh YDP Agong dan kerajaan pemerintahan Mahathir sempena Hari Raya ini? Berapa ribu yang sudah diampunkannya setiap ulang tahun kemerdekaan negara? Mahathir tidak memikirkan semua itu kerana kontrak memberi makanan segala banduan di penjara dan pusat serenti adalah punca perniagaan suku-sakatnya. 
 
6. Mahathir (sKT) suka bercakap mengenai pengkhianat bangsa tanpa mahu menyebut bahawa pengkhianat bangsa yang paling besar adalah mereka yang selalu diangkutnya ke sana sini dengan pesawat udara khas dengan membazirkan wang rakyat. Inilah kumpulan haprak yang tidak membayar cukai pendapatan mereka dan membayar cukai import barangan yang mereka bawa masuk daripada luar negara. Apabila Mat Taib membawa 17 kilo matawang asing ke Australia dan ditangkap oleh kastam asing, apakah tindakan Mahahtir (sKT) terhadap beliau? Apabila Ting Phek King ditangkap oleh kastam Peranchis membawa US800 juta dollar ketika menyertai rombongan rasmi Mahathir ke Paris, adakah Mahathir (sKT) bertindak terhadap beliau? Bukankah kerja melarikan wang tanpa lesen merupakan satu penderhakaan? Kenapakah Ting dimanjakan sehingga Mahathir (sKT) sanggup mengaibkan Anwar Ibrahim gara-gara jarum hasutan Ting? Oleh kerana Mahathir begitu berkeras mempertahankan Ting, apakah benar bahawa Ting merupakan proksi perniagaan Mahathir (sKT) juga? Oleh itu segala bantuan kerajaan untuk membantu Ting adalah satu muslihat untuk Mahathir (sKT) turut membalun wang rakyat? 
 
7. Salah seorang anak emas Mahthir (sKT) ialah Vincent Tan, seorang penjual insurans yang pernah menjadi juruwang bank. Di negara ini Vincent Tan diberikan pelbagai projek berbilion harganya tanpa tender terbuka. Tanah beribu hektar diberikan juga kerana Vincent sudah menguasai UMNO dan juga Mahahtir. Gurkha paling setia kepada Vincent Tan ialah Adnan Mansor yang bergelar tengku kerana dia kahwin seorang anak raja. Adnan Mansor merupakan setiausaha kerja UMNO. Vincent Tan diberikan lesen judi yang membolehkan dia berniaga tanpa pengawalan yang sebenar terhadap segala pergerakan perniagaannya. Kerana itu hampir “semua pemimpin UMNO sudah masuk kocek Vincent Tan” (ini merupakan kenyataan beberapa orang Cina yang faham akan tipu muslihat perniagaan Vincent Tan). Kalau mereka bercuti ‘godfather’ Vincent akan menyediakan segla-galanya. Bukankah itu yang dibuktikan ketika Mokhtar Abdullah dan Eusoff Chin bersantai di luar negara? Terlalu banyak projek mega yang diberikan kepada Vincent Tan yang gagal dan terpaksa diselamatkan oleh kerajaan. Cara menyelamatkan projek yang kantul itu ialah dengan memberi wang tetapi pengurusan lama masih dibenarkan menguruskan projek yang kantul itu. Hampir setiap projek Vincent Tan mempunyai pemegang saham yang merupakan suku-sakat Mahathir. Tetapi apakah projek Vincent Tan di luar negara yang berjaya? Di Australia dia mempunyai projek cuci kereta dan pengedar video. Tetapi melalui segala projek mega di Malaysia Vincent Tan mampu mengawal sistem kehakiman negara sehinggakan Peguam Negara (Mohtar Abdullah) dan Ketua Hakim Negara (Eusoff Chin) pernah menjadi anjing suruhannya. 
 
8. Beberapa orang anak emas Mahathir (sKT) daripada kaum Cina bebas bergerak di negara ini dengan mendapat tanah kerajaan serta lombong untuk projek mega mereka. Mereka bebas membawa pakar asing untuk mengendalikan projek itu. Adakah kepakaran di kalangan anak-Melayu yang mereka gunakan. Kalau adapun pakar perunding yang mereka gunakan dengan gaji yang lumayan mereka itu merupakan anak-anak Mahathir ataupun proksi mereka. Kalau diselidik betul-betul projek yang mereka usahakan itu, kebanyakannya tidak berjaya tetapi oleh kerana mereka berbelanja besar untuk menutup kebusukan projek itu, umum tidak mengetahuinya. Apa jadi dengan Perwaja kendalian Eric Chia? Bagaimana dengan beberapa projek YTL, Lions Group, National Steel Philippine, malahan apa jadinya dengan beberapa projek syarikat kepunyaan anak Mahathir sendiri?
 
9. Kebanyakan syarikat suku-sakat Mahathir yang dimiliki oleh kaum Cina mempunyai saham yang dibeli dan disimpan oleh hampir SEMUA tabung dan DANA orang Melayu. Kalau kita buka akaun Tabung Haji, KWSP, angkatan Tentera, Dana Pencen, semua tabung dana amanah seperti Amanah Johor, dan pelbagai dana amanah perbankan, kita akan terkejut dengan perkara busuk ini. Kalau kita kaji Saham Amanah Johor, harganya sekarang adalah sama dengan harga sebelah (setengah) keping tahu. Kalau di pasar, tahu boleh dibeli dengan harga tiga puluh lima sen sekeping, harga Saham Amanah Johor hanya merupakan kurang daripada tujuh belas sen. Saham Amanah Selangor ialah 29-31 sen. Amanah Saham BSN ialah 29-31 sen. Amanah Asnita ialah 34-38 sen. 
 
Apabila saham amanah itu jatuh sekitar 70 persen daripada harga jualan asal, bererti orang Melayu pada khususnya dan orang Malaysia pada amnya, sudah papa kedana. Bayangkan seorang doktor pakar yang membeli Saham Amanah Johor dengan pinjaman satu ratus ribu ringgit, kini mendapati nilai sahamnya hanya berharga lima belas ribu ringgit. Dia terpaksa berhempas pulas mencari duit menampung kerugian besar itu. Bagaimana pula dengan wakil rakyat Johor yang menanggung kerugian yang sama? Dia mampu tersenyum sahaja kerana masih banyak wang peruntukan pembangunan yang dibalun untuk menampung kerugian di pasar saham. Bayangkan ada seorang proksi perniagaan Mahathir yang dirompak sebanyak empat puluh juta ringgit yang disimpannya di rumah sendiri. Bagaimana dengan panglima tentera kesayangan Mahathir yang dilanda bencana rumah runtuh dan mendedahkan harta karun berjuta-juta dalam kantung rahsianya? 
 
Tetapi, rakyat biasa yang berkelulusan tinggi dan makan gaji, terjebak dengan dakyah Mahathir (sKT) untuk melabur dalam pasaran “saham dana amanat rakyat” yang disonglap pengurusannya sehinggakan harga saham itu sudah jatuh lebih rendah daripada kos kertas asalnya. Bayangkan bencana yang sedang melanda negara ini, di mana rumah tangga kucar-kacir dan nilai hidup sudah semakin menurun kerana kos sara hidup yang semakin melambung tinggi. 
 
Soalnya sekarang, kebanyakan dana dan tabung rakyat itu telah membeli saham-saham kepunyaan suku-sakat Mahathir (sKT) ketika harga saham melebihi sepuluh ringgit setiap satu. Contohnya ialah Tabung Haji yang ada memiliki saham syarikat kepunyaan Ting (contohnya Ekran) dengan harga 12.00 sesaham. Harga semasa Ekran ialah 0.275 sen. Bagaimana pula dengan saham Berjaya Group kepunyaan Vincent Tan. Satu ketika dulu tabung dana orang Melayu membelinya pada harga sekitar 3.00 Kini harga semasa ialah sekitar 14 sen sahaja. Kita boleh catatkan banyak perkara lagi akan segala saham ini yang “diarahkan” agar dana yang dimonopoli orang Melayu membelinya. Apabila si penyangak Cina yang merupakan anak emas Mahathir kerugian, syarikat mereka diselamatkan oleh Danaharta dan mereka diberikan projek mega lagi. Apa jadinya dengan saham syarikat mereka yang sudah dibeli oleh orang Melayu secara persendirian ataupun secara pelaburan mereka dalam dana simpanan hari tua mereka itu? Sekali gus semua dana dan tabung wang itu turut muflis. Apabila dana itu sudah muflis mereka tidak mampu membeli lagi saham lain sebagai tambahan pelaburan. Itu sebabnya Malaysia melalui Petronas menjual sahamnya (bon dan gadai-janji) di luar negara secara premium yang tinggi. Maknanya, Petronas sudah merupakan milik orang asing juga. Jadi, bagaimana pula Mahathir (sKT) boleh berlagak mengatakan ekonomi kita sudah pulih? Yang penting sekali, bagaimanakah dengan saham syarikat urusan Cina (anak emas Mahathir) yang sudah muflis itu sedangkan sebahagian saham syarikat tersebut dimiliki oleh orang Melayu dengan cara meminjam duit bank? 
 
Siapa Penderhaka Malaysia Sebenarnya?
 
Orang Melayu harus sedar sebelum terlambat bahawa penderhaka nombor satu negara ini ialah Mahathir (sKT)Dia mempunyai kuasa mutlak terhadap khazanah bangsa yang ada pada Petronas. Sekitar 250 billion ringgit sudah lesap dalam Petronas kerana menampung perbelanjaan rakus yang membazir. Petronas terpaksa membeli banyak projek Mahathir yang gila-gila. Lihat sahaja pada KLCC. Masih ada ruang pejabat di satu menara yang belum berisi. Hampir lapan puluh peratus ruang pejabat baru di sekitar Lembah Kelang masih kosong lagi. Tetapi Mahathir masih teruskan projek membina pejabat baru dan bangunan yang mahal-mahal di Putrajaya. Semua projek itu dibuat siang dan malam kerana para kroni mahu siapkan sebelum Mahathir mampus. Jika tidak projek itu akan tergendala dan tidak akan diteruskan. Kalau Mahathir bersin esok hari dan masuk hospital saya jangkakan setengah peniaga Cina anak emas Mahathir akan lari ke Singapura dan Hong Kong dulu, sebelum cabut lari untuk menyembunyikan diri. 
 
Kita menulis semua ini bukan kerana kita anti kaum asing dan bukan-Melayu. Tetapi kita mahu memberi ingatan kepada diri sendiri dan kepada rakyat Malaysia bahawa negara ini sedang menuju era anarki kerana si bangsat bernama Mahathir (sKT) sudah menyeleweng terlalu lama. 
 
Mahathir (sKT) terus cerita akan keamanan dan harmoni negara. Tetapi, cuba lihat berapa puluh komando pengawal peribadi yang mengawal beliau setiap kali berada di khalayak ramai. Kalau negara sudah aman kenapa dia perlu ada banyak pengawal peribadi? 
 
Apabila Mahathir mahu rakyat terutama orang Melayu bersyukur, sebenarnya dia yang sepatutnya bersyukur. Dia seharusnya membebek setiap hari kepada pemimpin UMNO dan BN agar bersyukur sebelum terlambat. Apabila Tengku Shariman kehilangan berpuluh juta di rumahnya siapakah yang patut bersyukur? Apabila Panglima Qarun kehilangan berbelas juta di rumahnya, siapakah yang patut bersyukur? (TAG 937 MGG Pillai: Tragedi Yang Bertukar Rupa) Apabila anak-anak Mahathir diberikan bantuan sebanyak lebih dari dua billion ringgit untuk menyelamatkan perniagaan mereka siapakah yang patut bersyukur? Anak-anak Mahathir diselamatkan oleh Danaharta, tetapi apa jadinya dengan orang Melayu yang membeli saham syarikat mereka dan kini tidak berharga lagi? Adakah Mahathir menyelamatkan mereka?
 
Kita terbaca di akhbar betapa sepuluh billion ringgit akan disuntik dalam pasaran saham untuk mengerakkannya. Cara gerakan itu tidak diceritakan untuk difahami oleh rakyat. Ini yang membuatkan pelabur runcit marah, kerana selama ini pasaran BSKL bergerak cergas kerana pembabitan pelabur runcit dan penggunaan wang simpanan rakyat yang bergaji bulanan. Saya fikir suntikan dana itu hanya untuk menolong syarikat kewangan menyelamatkan diri mereka dan membantu syarikat yang muflis bernafas semula. Kita boleh menjangkakan ada proses ‘arbitraging’ secara besar-besaran yang akan dipraktikkan untuk membolehkan setiap syarikat menyelamatkan diri. Apa jadinya kepada pelabur runcit yang tercekik selama ini? Mereka akan terjerat lagi, kerana apabila syarikat besar mampu melaksanakan proses arbitraj saham mereka, mereka akan melepaskannya pada kadar setengah harga daripada nilai yang paling tinggi dulu, sedangkan pelabur runcit masih memegang saham mereka pada nilai begitu dan tidak mampu melaksanakan proses arbitraj. Semua pemimpin BN akan mendapat kemudahan arbitaraj seperti itu tetapi pelabur runcit tidak akan merasakannya. Kesannya nanti, setiap pelabur runcit tidak kiralah apakah kelulusan akademik dan profesionnya, akan menjadi hamba abdi putarbelit pasaran saham tajaan Mahathir (sKT).
 
InsyaAllah kita akan kupas perkara ini sejelas-jelasnya. Soalnya sekarang, siapakah sebenarnya petualang negara? Orang Melayu yang berdoa kepada Allah minta dilepaskan bebanan hutang bertapuk yang disebabkan oleh kerajaan Mahathir (sKT) ataupun semua bangsat yang berada di keliling pinggang Mahathir (sKT)? Oleh kerana semua bangsat ini rakus dan meminjam bank untuk menyelewengkannya keluar negara dalam pesawat khas Mahathir (sKT) ataupun ketika menemaninya bersantai di luar negara, makanya bank tempatan tidak ada masa untuk melayan kehendak pengusaha kecilan di negara ini. Secara amnya, orang Melayu masih belum lupa kisah Tengku Razaleigh memberi arahan kepada pegawai Bank Bumiputra untuk memberikan pinjaman berjuta banyaknya hanya dengan menulis arahan itu di atas kertas tisu hotel sahaja. Orang Melayu masih tidak akan lupa bagaimana wang simpanan UMNO telah disonglap bersama oleh Mahathir dan Tun Daim.
 
Untuk menutup semua kerja busuk ini Mahathir (sKT) menggunakan pelbagai tipu muslihat mengugut orang Melayu. Dia tuduh Melayu mahu memberontak, tetapi siapakah sejak zaman British dulu yang mengumpulkan senjata api dan lari ke dalam hutan? Pada waktu yang sama siapakah yang dilayan oleh British dengan memberikan kawalan bersenjata ketika mereka tidur lena? Siapakah yang Mahathir buruk-burukkan sebagai alasan mentohmah Tengku Abdul Rahman agar orang Melayu membenci beliau untuk membolehkan Tun Razak naik menjadi perdana menteri? Tunku Abdul Rahman menjual sederet rumah kedai harta pusaka ayahandanya untuk mengongkosi tambang kapal rombongan kemerdekaan Malaysia. Apakah pengorbanan Mahathir dalam urusan yang sama? 
 
Jelas Mahathir (sKT) sudah nyanyok. Dia lupa bahawa orang Melayu telah memberikan beliau peluang dengan cara mempercayai cakapnya pada peristiwa Mei 13 1969 dulu. Ketika itu peristiwa 13 Mei menjadi hangat kerana Mahahtir (sKT) menyebarkan surat kutukannya terhadap Tunku. Mahathir (sKT) memburukkan orang Cina dan menuduh Tunku memanjakan orang Cina dan melupakan nasib orang Melayu. 
 
Sekarang ini ketika Mahathir (sKT) berada di ambang kepupusannya, dia mentohmah orang Melayu secara terbuka seolah-olah orang Melayu itu sudah tidak ada harga. Orang Cina adalah kaum yang baik-baik mengikut takrifannya. Tetapi cuba lihat siapa yang menjahanamkan ekonomi negara yang dikatakannya aman damai? 
 
Segala keburukan Mahathir terhadap orang Melayu dan agama Islam adalah satu helah untuk menunjukkan beliau terlalu bergantung harap kepada undi Cina dan India. Akan tetapi Mahathir (sKT) lupa bahawa orang Cina dan India pun pada keseluruhannya sudah naik marah dan membenci beliau. Apabila Mahahtir (sKT) memanjakan Ting, YTL, Vincent Tan dan beberapa kerat orang Cina, dia sebenarnya menghina masyarakat Cina itu pada amnya. Apabila Mahathir memanjakan Kaveas dan Samy Vellu, dia sebenarnya menaikkan kebencian masyarakat India dan mereka yang beragama hindu. 
 
Kita mahu tengok apa kesudahannya. Mahathir (sKT) sebenarnya sedang menggelupur mencari nafas untuk terus bernyawa. Terlalu banyak kerja maksiat yang dibuatnya untuk menjatuhkan martabat orang Melayu dan agama Islam. Kita akan kupas perkara ini satu persatu InsyaAllah. Sambil itu kita tunggu dan perhatikan apa jadinya selepas persidangan NAM nanti. Mampukah Mahathir terus bernafas dan membohong lagi?
 
-marhaintua
1 Syawal 1423/06.12.2002
Marhaintua@Hotmail.com
Suntingan Z-M@R

Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!