HENTIKAN SALAHGUNA KUASA POLIS

Gabungan Menentang Salahlaku Polis akan mengadakan suatu perhimpunan secara besar-besaran untuk memprotes pelbagai insiden melibatkan salahguna kuasa polis, terutamanya yang  melibatkan kematian suspek-suspek di dalam tahanan polis dan akibat tembakan polis, salahguna proses reman, penyuraian perhimpunan yang aman dan penyekatan sebaran risalah. Keadaan menjadi lebih keruh akibat ketiadaan keadilan untuk mangsa-mangsa keganasan polis dan segala aduan telah tidak mendapat respon yang memuaskan dari segi penyiasatan yang bebas dan transparen, tindakan tatatertib atau pendakwaan terhadap pesalah anggota polis.
 
Oleh itu, kami memanggil semua untuk hadir untuk memberi sokongan kepada perhimpunan ini untuk memberi suatu mesej yang kuat bahawa segala salahlaku polis tidak boleh dibenarkan untuk bermaharajagila dan harus diberhentikan dengan serta merta.
 
"HENTIKAN SALAHGUNA KUASA POLIS"
 
Perhimpunan Menentang Salahlaku Polis
 
Tarikh:  28 Febuari 2004 (Sabtu)
 
Masa:  10.00 pagi
 
Tempat: Ibupejabat Polis Bukit Aman
            (Pintu masuk Lake Garden, Off Jalan Parlimen)
 
Info: 03 - 7782 0357 / 013 - 377 1473
 
Bersama-sama Kita Suarakan Bantahan Kita!

- 19.02.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN