AGENDA MAHATHIR MEMINDA TUMPUAN UMAT ISLAM
Oleh Amin Sapiro (mengkhatamkan 'perutusan' Mahathir)
JIKA boleh dikatakan ia sebuah ‘Perutusan’, maka ‘borak’ Dr. Mahathir yang dipancarkan sekaligus melalui RTM dan Astro (RIA) malam tadi dapat ditafsirkan – adalah bermaksud untuk mengutip sisa-sisa imejnya yang sudah luntur dan terpuruk punah. Keseluruhan ucapannya merapu saja dan tidak memberi kejutan minda kepada penonton. Malah cukup ramai orang menganggap keseluruhan percakapan Mahathir seperti pancutan air menjirus tandas takungan najis – najisnya sendiri…! Siapapun tak peduli.Kehilangan Waja
Tidak ada yang baru dalam cakapnya. Ia cuma seperti membuang masa dan ‘air-time’. Mencukupkan syarat semata-mata. Membising. Bagi penonton, tempoh selama ia bercakap itu hanya membuang tenaga letrik dan mengganggu tumpuan umat Islam mengucapkan beramai-ramai kesyukuran mereka kepada Allah swT melalui Takbir Eidulfitri. Kerana Allah swT telah memberi mereka kemenangan melawan nafsu dan hasutan syaitan selama 30 hari disepanjang Ramadhan. Itu lebih afdhal dari mendengar borak kosong Mahathir……! Tak ada siapa yang ambil acuh.
Umat Islam di negara ini sudah cukup sedar bahawa umat Islam sedunia sudah terlajak jauh diperkutak-katikkan oleh Yahudi dan sekongkolnya dimana-mana. Umat Islam tahu perancangan Yahudi mempergunakan Amerika untuk memerangi negara dan umat Islam terang-terangan. Mereka di cop sebagai ‘pengganas’, kunun. Yang meluatnya, keperihatinan mereka sudah lama tertumpu bagaimana Yahudi sudah lebih jauh mempergunakan beberapa kerat pemimpin negara Islam sendiri melalui pujuk rayu; sehingga mereka yang memakai baju kebangsaan dan mengucap syahadah pun sudah pandai memutarbelitkan lidah bercakap seperti orang Islam, walhal perbuatan dan tingkah laku mereka lebih Yahudi dari Yahudi.
Tidak salah kalau dikatakan, salah seorang dari pemimpin ‘belukang darat’ itu ialah Dr. Mahathir sendiri – Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Isk..isk….isk…!
Tak payahlah Mahathir nak bercakap seperti kebanyakan orang Islam yang telah berjaya melihat jauh ke dalam lubuk hatinya. Tidak usah dia hendak memburuk-buruk PM Australia pula, yang bersikap dan bercakap sejahat itu. Dia memang sekutu Yahudi. Apa nak kesahkan walaupun bersikap perkasa nak memerangi semua. Peduli apa. Janganlah Mahathir pula nak berpura-pura nak mempolitikkan isu itu. Eloklah dia sendiri cermin-cerminkan diri terlebih dahulu. Siapa sebenarnya yang menuduh rakyat Malaysia sebagai pengganas kalau tak Mahathir? Itu semata-mata iltizamnnya nak membunuh PAS yang berjaya memusnahkan keangkuhan UMNO. Piraaahhhh Madey…!
Kalau nak diperincikan betul-betul, orang nampak kebersamaan sifat dan sikap antara Dr. Mahathir dengan Howard dalam konteks yang sama. Howard baru setakat celupar, tapi Mahathir sudah menghukum umat Islam dan mencop mereka sebagai pengganas; walaupun mereka belum pernah diabadikan kesalahan mereka oleh Mahathir setakat ini kepada rakyat Malaysia. Mereka di ISAkan. Itu apa pasal? Dah meletupkah KLCC dek Rocket launcer Ezam? Betul-betul madey bikin semua orang ketawa dibuat dek kerja gilanya.
Pada hari baik di bulan Ramadhan al-mubarak ini dan bulan Syawal yang akan menjelang esok, pejuang kemanusiaan bagi menegakkan Keadilan dan iltizam rakyat seperti DS Anwar Ibrahim, Ezam dan rakan-rakannya yang difitnah dan diperangkap tanpa pertimbangan yang saksama, adalah bukti jelas bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara Islam lagi. Malah, Mahathir menuduh dan memfitnah mereka melalui kospirasi, kununnya mereka merancang untuk menumbangkan sebuah negara yang merdeka dan dimerdekakan bangsa sendiri. Setakat ini, berapa ramaikah orang bersetuju dengan cakap Mahathir itu, adakah dia bertanya? Ptuuuuuiiiiiiiiiiii……! Haprak punya PM.
Mahathir Penyeleweng Fakta
Anwar dan Ezam serta sahabat-sahabat yang dizalimi bukanlah jenis orang yang mahu menumbangkan Kerajaan UMNO/BN – samada melalui secara ganas atau tidak demokratik. Mereka adalah manusia yang memerangi ketidakadilan yang dimanifestasikan oleh pemimpin UMNO/BN dalam bentuk pelbnagai jenis dan kategori Rasuah, Fitnah, Kosnspirasi dan perbuatan sumbang dan maksiat sesama Kroni.
Kerana Anwar dan Ezam serta sahabat-sahabat yang dizalimi mahu kekotorran pentadbiran Mahathir yang begitu wajib dihapuskan, maka mereka bangun dan menentangnya habis-habisan. Bukan menentang kerajaan tapi mau mereformasi Keadaan. Mereka mahu menyapu-bersih perbuatan Rasuah yang bermaharajalela dikalangan pemimpin UMNO/BN seumpama itu sebelum negara se kaya ini berpecah-belah dan hancur-lebur. Ini diandaikan oleh mereka kepada sejarah tamaddun manusia yang telah membuktikan bahawa jenayah maksiat seumpama ini telah mengahancurkan Kerajaan besar terdahulu seperti Empayar Roma, Russia dan British hingga terlongkop habis – punah ranah.
Apatahlagi, pemimpin UMNO beragama Islam sendiri telah ditulari maksiat skandal seks yang amat jijik dan meloyakan. Mereka adalah pelopornya. Beberapa kes yang diheret ke mahkamah telah dipenyap dan dilindungi oleh Mahathir. Contohnya Kes Rahim Thamby Chik, Hassan Omar, Shahidan Kassim dan mereka yang terlibat dalam “Rahsia Besar” yang dipaksa oleh Zainuddin Maidin (sekutu maksiat Mahathir) supaya didedahkan oleh YB Ustaz Taib…! Mahathir diam saja. Mengapa? Isk…isk….isk….! PM ‘negara islam’kah dia ini….? Tidakkah Mahathir menyeleweng fakta sahih?
Cakap Dari Lidah Tak Bertulang
Hari ini, semua orang sudah nampak bahawa Mahathir dan pempin UMNO yang menerajui Kerajaan BN adalah terdiri dari ‘bangkai-bangkai’ tak bernyawa. Lidah mereka sudah dipatahkan oleh Mahathir melalui rasuah, pangkat dan gaji besar. Yang berpelajaran pun sanggup menjadi sebangang itu. Contoh terbaik adalah Rais Yatim dan Hamid Osman yang berkelulusan Ph.D dari negara yang menyanjung karenah Yahudi yang menipu. Amat malang lagi, mereka sanggup mempertidakkan inti these yang mereka tulis. Hingga kini, mereka inilah penjilat dubur Mahathir yang bertaik sambil membelakangkan rakyat dan kebenaran. Jadi apakah mereka ini. Jadi binatang? Hukum apa yang mereka pakai? Hukum rimbakah? Iskk….isk….!
Pemimpin UMNO berjawatan yang lain adalah semacam ‘beruk dan nangoi-nangoi’ saja. Mereka adalah tergolong dari manusia-manusia pembohong dan penipu. Mereka seperti dalam ketakutan hingga sanggup menafikan kebenaran. Media massa yang diedarkan sebijik seperi risalah hasutan yang memujuk rakyat supaya mengiktiraf maksiat dan kemungkaran sebagai perbuatan halal. Rakyat tidak dibenarkan menyanggah, jauh sekali dari mempersoalkan kebenaran. Hingga khutbah di masjid-masjid dipantau dan rekodkan, dan tazkirah diharamkan. Umat Islam semacam dikongkong.
Ulamak juga dipilih oleh UMNO supaya mereka yang sama ‘kepala hotak’nya dengan Mustafa Taib saja yang dibenarkan melalak-terlolong dicorong RTM yang menjadi saluran ‘kacng hantu’ itu. Ulamak ala “PukiMak” macam inilah yang diketengahkan oleh UMNO. Guna mereka hanyalah menjunjung taik Mahathir setinggi langit di atas kepala, hingga menyamakan Mahathir seperti seperti ‘nabi’ mereka. Tidakkah ulamak seperti ini menyuruh umat Islam memakan daging babi? Mereka inilah penyambung lidah Yahudi…! Isk…..isk…isk……!!
Berdepan dengan Kenyataan
Persisnya hari ini, orang Melayu dan umat Islam sedang berhadapan dengan kenyataan. Jika Islam menyerukan perpaduan, UMNO dan bangkai-bangkai bernyawa didikan Mahathir adalah penyangak talam dua muka. Kalau bercakap mereka memang pandai. Tetapi cakap mereka, sendiri juga yang tak pakai. Telunjuk lurus kelingking berkait..! Memang jenis pemimpin kaki songlap duit rakyat. Wakil MCA Pulau Pinang pun tau…! Orang Melayu tidak? Isk…isk…isk…!!
Pastinya, selagi UMNO/BN masih dibiarkan menerajui negara, selagi itulah anak-cucu kita akan menyalahkan datuk-nenek dan emak-ayah mereka. Maknanya: KITA…! Apakah kita akan membiarkan mereka menyumpah kerana hidup menderita dalam kekacauan dan malapetaka dibelakang hari. Jika dibiarkan UMNO/BN terus memerentah, orang Melayu sendiri akan kehilangan identiti bangsa, budaya, agama dan Negara. Itu salah siapa? Umpamakanlah Mahathir dan kuncu-kuncu UMNO seperti penjajah British yang menulis sejarah Maharajalela, kununya sebagai seorang pendehaka. Baru kini kita sedar bahawa mereka adalah pembela bangsa. Begitulah fitnah Mahathir terhadap Anwar dan temen-teman seperjunagn dalam Reformasi bagi Mahathir. Yang kita tau kerana Mahathir rakus kuasa dan gentar pekongnya dikupas habis…!
Nah, sudah sampai masanya kita humbankan Mahathir, pemimpin UMNO dan BN yang sekongkol melakukan rasuah dan dosa menipu rakyat. Jika tidak, hidup kita sendiri yang akan celaka. Mahukan kalian menjadi hamba sebuah regim yang beragenda untuk tembolok anak-bini sendiri? Seluruh orang Melayu perlu berhadapan dengan kenyataan seperti rakyat Trengganu dan Kelantan. Pastikan nawaitu bahawa iltizam kita adalah untuk memberi rakyat mencitai dan patriotik kepada bangsa, negara agama yang satu ini. Bebaskan diri dari gejala ketakutan.
Memanglah satu kebenaran yang dinyatakan oleh seorang penulis dan pemikir PAS (sdr. Subki Latif), bahawa “Otak Dr. Mahathir belum terbuka, dan fahamannya tentang ulama dan kemahuan rakyat setahap dengan George Bush dan Putin sahaja. Seolah-olah dia belum mencapai standard pemikiran seorang penganjur beragama Islam (bagi mengurus-tadbir 23 juta rakyat bumi bertuah ini – AS). Boleh pakaikah lagi Mahathir dan UMNO/BN? Fikir sendiri sebelum mengundi…!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO Berkerat Rotan) - 05.12.2002 (Suntingan M@RHAEN)
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/ - http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~![]()